Anak-anakku

Loading...

Monday, November 21, 2011

Bihun goreng utara

BAHAN-BAHAN :
1/2 bungkus bihun (direndam sebentar)
1 mangkuk udang (dikupas kulit, ambil kulit dan kepala udang,jadikan air rebusan)
sedikit isi ayam
1 mangkuk tauge (dibuang ekor)
1 ikat kucai (dipotong 2 cm)
1 biji cili merah (dihiris serong)
daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
limau nipis jika suka
6 biji cili kering (direndam air panas dan dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
4 ulas bawang merah (dimayang, digaul dengan sedikit garam dan dijadikan bawang goreng)
2 biji telur (dikocok bersama sedikit garam dan dijadikan telur dadar)
garam, gula dan sedikit perasa
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang merah yang telah dimayang dan goreng hingga bawang garing. Ketepikan.

Di dalam kuali yang sama, dadar telur sehingga masak. Angkat dan hiris halus.

Tambahkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili kering yang telah dikisar sehingga harum dan garing. Kemudian

masukkan ayam dan udang yang telah dibuang kulit. Masak hingga udang dan ayam kecut. Anda bolehlah memasukkan garam, gula dan perasa pada langkah ini. Setelah itu,

tambahkan air rebusan kepala udang dan juga

bihun yang telah ditoskan tadi. Gaul rata.

Setelah bihun agak lembut bolehlah masukkan kucai. Masak lagi hingga kucai layu barulah dimasukkan

tauge. Kacau rata-rata. Jika kurang masin bolehlah masukkan lebih garam atau kicap cair.

Sedia dihidangkan bersama

hirisan telur dadar, bawang goreng rangup, daun sup dan juga daun bawang. Lebih enak jika diperahkan sedikit limau nipis dan jangan lupa cili jeruk.

2 comments: