Anak-anakku

Loading...

Friday, September 21, 2012

Ayam Piyaza (Pakistan)



BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 kg ayam (potong kecil)
  • 3 sdb minyak masak
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 1 sdb halia kisar
  • 8 biji pelaga hijau
  • 2 helai daun bay
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1 sdt serbuk jintan putih
  • 1 sdt serbuk ketumbar
  • 4 biji cili merah (hiris kasar)
  • 3 biji tomato (cincang)
  • 1 cawan air
  • segenggam daun ketumbar
CARA :


Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis hingga garing. Masukkan bawang cincang  dan goreng hingga wangi.

Setelah bawang layu, masukkan  bahan kisar dan gaul rata.

Masak lagi hingga garing. Tambahkan garam pada langkah ini.

Kemudian masukkan ayam, rempah-rempah, daun bay dan juga cili

gaul rata dan masak hingga ayam kecut

masukkan tomato cincang

kacau rata, masukkan 1 cawan air

dan renihkan di atas api sederhana

sehingga

terbit minyak. Masukkan daun ketumbar

tambahkan garam jika perlu

Matikan api dan

enak dihidangkan bersama capati @ roti nan.

2 comments:

  1. Salam, terimakasih kerana join blog akak. Semoga jalinan alamaya ni akan berterusan..

    ReplyDelete