Anak-anakku

Loading...

Monday, September 19, 2011

Goreng asparagus dan cendawan

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat asparagus (potong serong)
  • 10 biji cendawan shitake segar (potong 2)
  • 1 biji tomato (potong 8)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • sedikit sos tiram, serbuk pati ayam dan lada sulah
  • garam jika perlu
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih. Masukkan cendawan dan masak lagi hingga cendawan layu. Tambahkan asparagus, tomato, cili hiris dan bahan perasa. Jika agak kering masukkan sedikit air.
  • Kacau sebentar dan sedia dihidangkan. 

2 comments:

  1. as-salam nasya
    selamat hari raya nasya..Waaah bestnya asparagus dan cendawan goreng..npk ni mabeles..:)

    ReplyDelete
  2. wslm ady...nasya pun nak ucapkan selamat hari raya gak buat ady sekeluarga...makan kue ingat nasya tau....

    ReplyDelete