Anak-anakku

Loading...

Saturday, August 24, 2013

Sticky chicken cikgu Ani

Mintak izin ya cikguani saya tepek pulak kat sini. Tq.

**MAKCIK XLETAK MINYAK NGAN LADA HITAM, XPERAP PUN**





STICKY CHICKEN WINGS
Bahan-bahannya:
13 ketul kepak ayam 
4 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil maggi seasoning 
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
6 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
1 cawan air

Bahan tumbuk lumat:
2 inci halia
6 ulas bawang putih
  




Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan air ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Masukkan ke dalam besen berisi ayam. Gaul rata dan perapkan selama 30 minit. (Selalu yang saya buat ialah saya perapkan ayam dulu kemudian saya masak nasi dan lauk-lauk lain. Selesai semua proses memasak, baru saya masakkan ayam ini).
  3. Panaskan sedikit minyak ke dalam non-stick pan.
  4. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan secawan air. Masak sehingga kuahnya pekat dan melekit. Bila kuahnya sudah pekat, ayam hendaklah dikacau selalu supaya sosnya tidak hangit.
  5. Masak sehingga kuahnya melekat pada ayam dan seakan-akan dibakar. 
  6. Tutup api dan hidangkan ayam. Buang minyak lebihan minyak.








3 comments:

  1. Uiiii mak aiii terliur tgk nyer Nasya isk isk isk nampak sedap sgt, kalau ler duk kat sebelah umah dah lama D5 mintak sepinggan hehhehe...

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat D5.......kalau laa kita jadi neber kan bestttt!!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete