Anak-anakku

Loading...

Wednesday, September 28, 2011

Dalca kelantan

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 kg santan
  • 2 paket kecil rempah dalca kelantan
  • sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga
  • 2 biji terung (dipotong 4)
  • 10 biji bendi
  • 2 biji cili hijau (potong 2 tak putus)
  • segenggam tomato ceri (jika suka)
  • 1 sdb cili giling
  • 1 asam keping
  • garam, gula dan sedikit serbuk pati ikan bilis
  • minyak untuk menumis
DIKISAR :
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 2 inci halia 
  • sedikit lengkuas
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga harum. Masukkan bahan yang dikisar, tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan rempah dalca yang telah dibancuhkan dengan sedikit air. Tambahkan cili giling dan masak lagi hingga keluar minyak.
  • Setelah itu, masukkan ayam dan biarkan sebentar hingga ayam kecut. Bolehlah masukkan santan. Kacau selalu.
  • Setelah mendidih, masukkan asam keping, bahan perasa dan juga sayur-sayuran. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, rasa garam gulanya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Enak dicicah bersama roti atau makan bersama nasi panas bersama ikan pekasam goreng dan sambal belacan.

6 comments:

  1. as-salam nasya
    baru ady tahu dalca kelantan nak kena letak ayam..selain ayam blh letak apa nasya...

    ReplyDelete
  2. wslm ady..letak daging pun bole tapi kami kat kelantan xletak kacang dal. Selalunya kita letak gak putik jagung n kacang panjang..tapi nasya xde stok..taruk apa yang ada jer...

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya..mn nk dpt rempah dalcha tu...

    ReplyDelete
  4. hello my page looks great meals
    www.seflerinmutfagi.net
    yemek tarifleri

    ReplyDelete
  5. Rempah dalca kelantan mmg terbaikk

    ReplyDelete
  6. Thanks for this different spicy chicken recipe. Some of my recipes may be suit your taste.
    www.kolaylezzet.com
    kolay yemek tarifleri

    ReplyDelete