Anak-anakku

Loading...

Wednesday, May 4, 2011

kari kepala ikan merah


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 ketul isi dan kepala ikan merah
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 bawang merah (dimayang)
  • 1 bawang putih (dimayang)
  • 2 cm halia (dimayang)
  • 5 cm halia (ditumbuk)
  • 5 sdb serbuk kari ikan cap indra
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 sdk halba campur
  • setangkai daun kari
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • air asam jawa secukupnya
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 biji bendi
  • 1 sdb serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMASAK :-)
      1. Panaskan minyak tumis bahan hiris, halba campur dan daun kari sehingga wangi. Setelah itu masukkan bahan yang telah ditumbuk. Biar garing.
      2. Sementara itu, bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk, kacau hingga pecah minyak. Masukkan tomato, air asam jawa dan santan. Kacau rata.
      3. Masukkan kepala ikan, bendi dan bahan perasa masak  hingga ikan empuk.
      4. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.   

No comments:

Post a Comment