Anak-anakku

Loading...

Monday, March 21, 2011

bihun goreng kampung


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 paket bihun (direndam hingga lembut)
  • 3 pokok sawi (dihiris)
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • sedikit belacan (ditumbuk)
  • 1/2 sdb udang kering (direndam)
  • 1/2 sdb cili boh
  • 4 ekor sotong (dihiris)
  • 1/2 cawan isi ayam
  • sos tiram,sos cili,sos tomato,kicap manis dan kicap cair secukupnya
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • daun sup dan daun bawang 
  • minyak untuk menumis


  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing.Masukkan cili boh dan udang kering, goreng sebentar.Masukkan isi ayam,sotong dan batang sawi tunggu hingga ayam masak dan batang sawi lembut.
    2. Tambahkan sos - sos dan bihun serta daun sawi dan hirisan cili merah. Kacau hingga rata.Masukkan tomato dan bolehlah diangkat apabila bihun telah lembut.
    3. Tabur daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.

No comments:

Post a Comment