Anak-anakku

Loading...

Friday, February 10, 2012

Masak lemak ayam dan nangka muda

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 3 keping nangka muda (dihiris dan rebus empuk)
  • secukupnya santan dari 2 biji kelapa
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 1/2 sdb bawang putih kisar
  • 10 biji cili api + 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :



  • Masukkan santan cair bersama ayam, serai dan bahan kisar ke dalam periuk. Biarkan sehingga ayam empuk dan sebati dengan kuah.
  • Masukkan asam gelugur, nangka yang telah ditos, pati santan, garam dan juga gula secukup rasa.
  • Kacau perlahan dengan api yang sederhana. Setelah mendidih bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.

2 comments:

  1. Nampak sedap sangat lauk ayam masak lemak tu..tambah pulak dengan nangka..em sedap tu..

    ReplyDelete
  2. makasih Rahel sudi singgah...Nasya dah lama xmakan nangka muda, sebelum beranak tu yang makan puas-puas..ha..ha...

    ReplyDelete