Anak-anakku

Loading...

Thursday, February 9, 2012

Masak lemak putih pucuk ubi

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk sederhana pucuk ubi yang telah dicelur
  • 1 kilo santan
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 1 genggam ikan bilis
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 biji cili merah (hiris kasar)
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :

  • Jerang santan bersama bahan-bahan lain di atas api yang sederhana sehingga mendidih.
  • Masukkan pucuk ubi celur dan masak lagi. Tambahkan bahan perasa secukupnya.
  • Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin.

4 comments:

  1. Sedapnya...ada sambal belacan...ulam petai jering...ikan masin...perghhhh....memang best...:)

    ReplyDelete
  2. Makn ngan sambal blacan, ikan grg mmg sdap:)

    ReplyDelete
  3. betul la kak...kalau Nasya makan ngan budu pun best..
    saja tambah angin satu badan ha..ha..

    ReplyDelete
  4. aaaah laa Orchid selera orang kampung...

    ReplyDelete