Saturday, June 29, 2013

Kurma daging beryogurt

 BAHAN-BAHAN :
900 g daging (hiris nipis dan rebus empuk)
3 tbsp rempah kurma
360 ml yogurt (laban)
secukupnya air rebusan
2 biji kentang (dadu besar)
1/2 labu bawang holland (dadu besar)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji pelaga dan 3 kuntum cengkih
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

DIKISAR :
1/2 labu bawang holland
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA :

 Panaskan minyak dan tumis rempah
 tumis bersama rempah kurma
 hingga wangi dan terbit minyak.
 Tuangkan air rebusan dan biar mendidih
 Tambahkan kentang dan juga daging

 tunggu sehingga kentang empuk baru dimasukkan garam dan juga gula. Tambahkan juga bawang yang telah didadu.
Masak hingga terbit minyak.
 Setelah elok terbit minyak, masukkan yogurt dan kacau selalu.
 Sesuaikan rasanya dan enak dimakan bersama nasi panas dan acar buah
Kalau nak pedas boleh masukkan beberapa tangkai cili hijau yang telah dikisar
semasa menumis......

Friday, June 28, 2013

Siakap bakar bersambal NaSya

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap sederhana
beberapa helai daun pisang (dilap dengan kain lembap)
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula dan air asam secukup rasa
DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 hiris lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
4 tbsp cili kisar
1 ruas ibu jari belacan
1 inci kunyit hidup


CARA :
 Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak. 
Jangan lupa masukkan garam, gula dan air asam. 
Kalau nak letak daun limau purut pun boleh juga....

 Letakkan sambal di atas daun pisang, letak ikan dan lumurkan ikan cukup2 dengan
bahan sambal. Masukkan juga ke bahagian perut ikan.
Balut dengan daun pisang banyak2 agar sambal tak terkeluar....

 bakar di dalam oven sehingga masak dan enak dicicah bersama sambal kicap....
makan masa bukak posa sedapnyerrrr....


Wednesday, June 26, 2013

Acar buah




 BAHAN-BAHAN :
250 g prun kering
1 kg jeruk buah campuran
1 cawan cili api jeruk
1/2 cawan cuka
6 tbsp gula @ secukup rasa
3 tsp membumbung garam @ secukup rasa
minyak untuk menumis
DIKISAR :
2 genggam cili kering (rebus)
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA :

 Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
Masukkan gula, garam dan juga cuka. 
Masak hingga pecah minyak.

 Masukkan buah-buahan

 gaul rata dan masak hingga pekat.

 Tambahkan cili api jeruk dan  sesuaikan rasanya.

 Enak dimakan bersama nasi minyak dan sedia dikongsi bersama jiran-jiran....


Layan gambor je....

 Masak ikan kembung pindang kicap....hari yang panas dan berjerebu sedap laa makan cam gini, pekena ngan sambal belacan juga ikan masin. Padprik pun ada juga nak kasi meriah sikit....

Monday, June 24, 2013

Rendang pucuk ubi Izah

SUMBER : tokchiksincan dan izahdaut
Mintak izin menepek ya Tok Chik dan Izah....tq.


bahan2
1 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan - tc rendam dalam air berisi garam, ramas lebih kurang dan toskn
1/2 kg santan segar
5 ulas bawang kecil dihiris - tc guna bawang besar 2 biji dan blend sekali dengan kunyit dan cili
2 batang serai ditik
ikan bilis Rm2
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup - cili padi tc letak anggaran 12 biji



cara2

sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,serai,ikan bilis,bawang dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana
bila dah agak kering macam kat atas ni baru masukan pucuk ubi tu..jaga api jgn besar.
kacau sehingga pucuk ubi tu kering dan garing..
dah siap dan sedia untuk di hidangkan. 



Sunday, June 23, 2013

Mi udon simple

  BAHAN-BAHAN :
3 paket mi udon
3 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang holland (hiris)
1 paket bebola ikan 
10 ketul prawn dumpling figo (belah 2 menyerong)
1 mangkuk kecil cendawan tiram
1 pokok daun sup dan daun bawang (hiris)
2 tbsp pati ayam
4 gelas air
lada sulah dan garam secukup rasa
sedikit minyak


 CARA -CARA :
Tumis bawang putih dan bawang holland di dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga layu.
Masukkan bebola dan air, biarkan mendidih.
Tambahkan cendawan, pati ayam, garam dan juga lada sulah.
Masukkan juga mi udon dan biarkan mendidih sekali lagi.
Sesuaikan rasanya dan taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.
Nyumm...nyummmmm....

Bawal emas masak kicap simple




  BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan bawal emas (potong 3 dan digaram kunyit, goreng garing)
1 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
kicap manis kipas udang secukupnya
sedikit sos cili kimball
 sedikit air
garam jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
Masukkan kicap manis, sos cili dan sedikit air.
Tambahkan garam hanya jika perlu. Sesuaikan rasanya.
Tuang kuah kicap ke atas ikan yang telah siap digoreng.

Tumis petola dan suun



 BAHAN-BAHAN :
3 biji petola saiz kecil (dibersihkan dan hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 tbsp ikan bilis (rendam sekejap dan tos)
segenggam suun (rendam sekejap)
sedikit air
garam dan sedikit sos tiram
minyak untuk menumis

CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga wangi.
Masukkan ikan bilis, petola dan juga sedikit air.
Renih seketika.
Kemudian tambahkan sos tiram, sedikit garam, suun dan juga cili hiris.
Kacau rata dan sesuaikan rasanya.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas @ diratah begitu sahaja....

Sup kobis dan sosej



 BAHAN-BAHAN :
1/4 biji kobis (hiris)
segenggam suun
 1 batang sosej (hiris nipis)
secukupnya air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tsp lada hitam



CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
Masukkan sosej dan kobis.
Tambah air secukupnya dan juga garam mengikut citarasa.
Setelah mendidih masukkan suun dan sesuaikan rasanya.
Masak hingga kobis lembut.

Wednesday, June 19, 2013

Izz ......1 tahun 3 bulan


 Baby lasak genap 1 tahun 3 bulan tanggal 14 Jun 2013. Gigi nak masuk 5 batang...tengah rajin kemas rumah, memanjat sofa dan kutip sampah masuk mulut...Lari pun dah laju...dah boleh join rentas desa hu...hu....

  makcik dah kurus tinggal rangka sebab hero ni tido kul 2 am....kena pukul2 dulu kasi nangis baru tido...alahai....kemana tumpahnya kuah kalau bukan kat lantai kan....
 gigi kapak besar buat geegeet owang

ralit tengok citer Oggy

Juadah kampung yang sederhana

 Masak ni pun dah berkurun gak lamanya...orang kata kalau ngandung tu dah beranak laa.
Lauk biasa cara orang kampung makan...ada daging masak kurma, acar buah dan juga ikan gelama masin goreng. Sedap makan ngan nasi minyak ni....tapi makcik makan ngan nasik putih je.

Makan kari sampai pengsan...

 Dah korang jangan cakap apa2 nanti makcik sumbat mulut ngan stoking...nak buat camner dah selero ke situ. Skin Kaler ada laa sikit macam mamak, ok laa tu
ditemani oleh sambal kering bilis dan kentang

Nasi lemak pandan

 Nasi lemak pandan masak minggu sudah tapi saja je nak cuci mata. Bezanya nasi tu makcik kisar dengan daun pandan itu saja....
cuba jangan tak cuba....

Siakap masak lada hitam


 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap (sapu garam kunyit dan goreng)
1 labu bawang besar +6 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (hiris)
1 inci halia (cincang)
1 tbsp lada hitam (tumbuk @ gunakan sos lada hitam secukupnya)
3 tbsp sos tiram nona
sedikit air asam jawa
2 batang daun bawang + 1 tangkai cili merah (hiris)
garam dan gula jika perlu
sedikit air
minyak untuk menumis

CARA-CARA :

 cincang bahan 2 menggunakan chopper. Nak tumbuk pun boleh
 goreng ikan dengan minyak terendam sehingga garing. (Masukkan 1 asam keping dlm minyak panas supaya ikan tidak melekat pada kuali)
 Di dalam kuali yang lain tumis bahan yang telah dicincang sehingga garing dan naik bau
 masukkan sos tiram dan kacau rata
 tambahkan sedikit air dan air asam dan masak hingga kuah pekat
 Sesuaikan rasanya. Jika perlu masukkan garam dan juga gula
 tambahkan bahan hiris dan juga daun bawang. Kacau sebentar dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
 Nyum...nyummm sedap makan dengan nasi panas-panas.




Friday, June 14, 2013

Onde-onde @ buah mulong


   BAHAN-BAHAN :
1 paket tepung pulut (500 g)
10 helai daun pandan (dikisar bersama 1 gelas air, tapis)
secukupnya nisam @ gula melaka (dadu)
1/2 biji kelapa parut muda (digaul bersama sedikit garam dan kukus sebentar)
1 tbsp air kapur
sedikit pewarna hijau epal
secukupnya air untuk menguli doh


CARA :

 Didalam mangkuk besar, satukan tepung bersama air pandan, air kapur, pewarna hijau dan juga air secukupnya. Uli sehingga menjadi doh.
Sementara itu panaskan air di atas dapur dan biar mendidih.
  ambil secubit doh dan bulat2kan. Masukkan gula melaka yang telah didadu tadi dan
 bulat2kan kembali. Masukkan bebola doh ke dalam air mendidih dan tunggu sehingga timbul sebelum digolek2kan di atas kelapa parut.Buat sehingga habis.
 Enak dihidangkan untuk minum petang.