Saturday, June 29, 2013

Kurma daging beryogurt

 BAHAN-BAHAN :
900 g daging (hiris nipis dan rebus empuk)
3 tbsp rempah kurma
360 ml yogurt (laban)
secukupnya air rebusan
2 biji kentang (dadu besar)
1/2 labu bawang holland (dadu besar)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji pelaga dan 3 kuntum cengkih
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

DIKISAR :
1/2 labu bawang holland
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA :

 Panaskan minyak dan tumis rempah
 tumis bersama rempah kurma
 hingga wangi dan terbit minyak.
 Tuangkan air rebusan dan biar mendidih
 Tambahkan kentang dan juga daging

 tunggu sehingga kentang empuk baru dimasukkan garam dan juga gula. Tambahkan juga bawang yang telah didadu.
Masak hingga terbit minyak.
 Setelah elok terbit minyak, masukkan yogurt dan kacau selalu.
 Sesuaikan rasanya dan enak dimakan bersama nasi panas dan acar buah
Kalau nak pedas boleh masukkan beberapa tangkai cili hijau yang telah dikisar
semasa menumis......

3 comments:

  1. salam mak cik
    makcik masak Kurma daging beryogurt..sedap ni makacik makan dgn nasi arabic white rice..

    ReplyDelete
  2. sedapnya lauk masak kurma,akak suka

    ReplyDelete
  3. slm nasya...haaaa tu siap ngn step by stepnya...rajin

    suka kurma aym..

    ReplyDelete