Thursday, June 23, 2011

Ayam adobo ala Nasya ( Masakan Filipina)

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul daging ayam
  • 3 ulas bawang putih + 1/2 sdb lada hitam (tumbuk)
  • 2 sdb cuka
  • 2 sdb kicap cair
  • 1 gelas air
  • sedikit minyak masak
CARA-CARA :

  • Semua bahan diperap bersama ayam kecuali air dan minyak. Perap semalaman.
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan renihkan di atas api yang sederhana hingga kuah pekat. Angkat dan hidangkan.


Koleksi terbaru untuk raya...

COACH PURSE
Emmmmm....dah lama dah sebenarnya teringin nak beli purse ni tapi memandangkan harganya yang agak mahal bagi orang yang xkeje cam NaSya nie..menabung dulu laa. Nasib baik laa kawan sepusat sepusing yang dok keje kat butik HERMES tu sudi tolong belikan. Makanya dapatla harga spesel sikit. Makasih banyak2 la chek noo len kali bole beli lagikk. Meriah la raya taon nie, tu pun kalu ada yang sudi kasi angpow kat NaSya nie....
EAUDEMOISELLE GIVENCHY
JADORE

ARMANI CODE

Tuesday, June 21, 2011

Ayam panggang malas


menu ni saja2 je tayang. Malas nak masak berat2 kat hero2 nih makanya ayam tu nasya perap je ngan serbuk paprika, thyme, sedikit madu, lada hitam dan garam. Curah jer brown sauce kat atas dah setel. Asal perut xbergendang sudah..

Masak lomak cili api ayam kampung

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam kampung (dipotong kecil)
  • 2 cm kunyit hidup + segenggam cili api (ditumbuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • santan pekat dari 2 biji kelapa
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 10 biji belimbing buluh
  • garam dan sedikit serbuk perasa
CARA-CARA :

  • Campurkan ayam bersama  serai dan bahan tumbuk dan jerang diatas api sederhana hingga air ayam kering. Kemudian masukkan santan. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
  • Setelah mendidih masukkan bahan lain diikuti perasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Koleksi kesayangan ku..

Kaki bolaaaaa..

Khairul Fahmi masa nak p Doha naik  flt Qatar Airways...lucky la ayah dia keje dapat gak jumpa  ngan player  kegemaran ramai nih..





laki ku yang kaki bola...muka pun dah bulat cam bola ahaks..ahaks... 



glamer sungguh apek nih..

Kerabu jantung pisang simple

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang (direbus bersama sedikit garam dan cuka, ditoskan dan dihiris halus)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 cm belacan + 2 biji cili merah + 10 tangkai cili api + 1/2 paket santan m&s (dikisar)
  • jus dari 2 biji limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :

  • Semua bahan diadun bersama.Sedia dihidangkan.         

Monday, June 20, 2011

sotong celup tepung

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm sotong (dicuci dan potong bulat, toskan)
  • 6 sdb tepung berserbuk penaik
  • 3 sdb tepung jagung
  • 1 sdb tepung kastad
  • 1 biji putih telur
  • lada sulah dan garam secukup rasa
  • sedikit air ais
  • minyak untuk menggoreng terendam
CARA-CARA :

  • Semua bahan batter diadun, pastikan pekat dan tidak terlalu cair. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas masukkan sotong yang telah disaluti tepung satu persatu. Goreng hingga kekuningan dan hidangkan segera.

Gulai ikan senangin dan bendi

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ekor ikan senangin
  • 4 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia (kisar)
  • sedikit halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sdb serbuk cili
  • 4 sdb serbuk kari
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 10 biji bendi
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis halba campur dan daun kari sehingga meletup-letup. Masukkan bahan kisar, goreng sehingga wangi. Kemudian tambahkan serbuk cili dan serbuk kari yang telah digaul dengan sedikit air. Masak lagi hingga rempah garing.
  • Setelah itu, masukkan tomato dan santan, tunggu hingga santan mendidih. Masukkan ikan, air asam dan bahan perasa. Setelah ikan agak masak barulah masukkan bendi.
  • Sedia dihidangkan. 

Friday, June 17, 2011

Masak lemak kangkung dan bilis

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat kangkung (potong pendek)
  • 4 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • segenggam ikan bilis (tumbuk pecah-pecah)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • santan secukupnya
  • sedikit garam
CARA-CARA :

  • Masukkan bahan tumbuk bersama santan ke dalam periuk . Masak hingga mendidih, kemudian masukkan sayur dan garam.
  • Apabila kangkung sedikit layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Steak 5 minit

BAHAN-BAHAN :

  • 3 keping daging striploin (dileperkan)
  • sedikit serbuk rempah steak (tesco)
  • sedikit sos worchestershire
  • sedikit lada hitam
  • sedikit garam
  • 1 bungkus sosej
  • butter
***daging dan sosej digaul bersama bahan rempah dan digoreng bersama sedikit butter hingga masak tetapi masih berjus***


BAHAN SOS :

  • 1 biji bawang holland (hiris nipis, bulat)
  • serbuk brown sauce jenama knorr
  • air secukupnya
  • sedikit butter
***bawang digoreng bersama butter hingga perang, masukkan brown sauce dan air. Masak hingga pekat***


BAHAN SAMPINGAN :

  • roti dan salad pilihan

Wednesday, June 15, 2011

Udang sos

BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm udang
  • 1/2 biji kapsikum hijau & kuning (potong panjang)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • sos tiram, sos cili, sos tomato secukupnya
  • sedikit kicap cair jika perlu
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak,tumis bawang hingga wangi kemudian masukkan udang dan bahan lain. Masak hingga sos agak pekat. Sedia dihidangkan.

Tuesday, June 7, 2011

Bihun sup kanak-kanak riang

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 bungkus bihun (direbus & ditos)
  • 10 ulas bawang putih (diracik halus &ditumis bersama 4 sdb minyak)
  • 7 cawan air
  • 350 gm ayam (didadu)
  • 200 gm udang
  • sebungkus sawi bunga
  • 1 senduk kicap cair
  • garam secukup rasa
CARA-CARA :
  • Ayam direbus bersama air sehingga empuk. Buang buih yang timbul dipermukaan sup. Masukkan udang, kicap cair, bawang putih tumis berserta minyaknya sekali dan garam. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan sawi bunga.
  • Apabila sawi kelihatan agak layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama bihun yang telah ditos.

Nasi goreng kunyit

BAHAN-BAHAN :
  • 1 mangkuk besar nasi
  • 5 ulas bawang merah + 4 ulas bawang putih (tumbuk)
  • segenggam ikan bilis + sedikit cili api (tumbuk pecah-pecah)
  • 2 biji telur
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1/2 sdb serbuk pati ayam
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk sehingga garing. Pecahkan telur, tunggu sehingga telur berketul baru masukkan nasi dan bahan-bahan lain. Sedia dihidangkan.

Saturday, June 4, 2011

4 Kategori Air Untuk Bersuci

JENIS-JENIS AIR UNTUK BERSUCI
     Terdapat 4 kategori air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.
  1. AIR SUCI LAGI MENYUCIKAN DAN TIDAK MAKRUH MENGGUNAKANNYA. Ini dinamakan AIR MUTLAK. Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau air salji.
  2. AIR SUCI LAGI MENYUCIKAN TAPI MAKRUH MENGGUNAKANNYA. Ini dinamakan air MUSYAMMAS, iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di kawasan, negeri, atau negara yang panas. Air ini Makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh menggunakannya.
  3. AIR YANG SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu :AIR MUSTAKMAL, iaitu air yang kurang daripada 2 kolah atau yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wuduk yang wajib atau mandi yang wajib atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.AIR MUTAGHAYYIR, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan seperti air kolam. AIR MUQAYYAD, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.
  4. AIR YANG TIDAK SUCI  DAN TIDAK MENYUCIKAN. Air ini ialah AIR MUTANAJJIS. Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu : (a) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (b) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.
AIR YANG TIDAK DIKIRA NAJIS
Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut :
  • Najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga.
  • Najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat.
  • Bulu-bulu yang terkena najis yang tidak melebihi 3 helai.
  • Binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air.
  • Bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.

cucur jagung

BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 tongkol jagung rebus (kikis isinya)
  • 1 biji bawang besar (didadu)
  • segenggam ikan bilis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdb serbuk penaik
  • sedikit garam dan gula
  • air suam secukupnya
  • minyak untuk menggoreng terendam
CARA-CARANYA :
  • Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Kacau rata, biarkan 20 minit dan sedia untuk digoreng. 

Gulai udang dan cendawan

BAHAN-BAHANNYA :
  • 10 ekor udang
  • 2 cawan santan
  • 5 ulas bawang merah +2 ulas bawang putih + 1 cm kunyit (ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 cm belacan + 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • sehelai daun kunyit (disimpul)
  • 350 gm cendawan tiram
  • 1/2 bungkus tempe (didadu)
  • sedikit garam dan gula
  • sekeping asam gelugur
CARA-CARANYA :
  • Didihkan semua bahan kecuali udang di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar tidak pecah minyak. Apabila cendawan agak layu dan tempe agak lembut bolehlah masukkan udang dan bahan perasa. Kacau sebentar, setelah ekor dan kepala udang bercantum bolehlah dimatikan api.

Friday, June 3, 2011

Bingka roti

BAHAN-BAHANNYA :
  • 8 biji roti kentang (rendam dan tapis)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1/2 paket santan kara
  • 4 biji telur
  • secubit garam
  • daun pandan
CARA-CARANYA :
  • Kisar semua bahan sehingga hancur dan tapis.
  • Lengser acuan dengan mentega dan bolehlah dibakar di dalam ketuhar sehingga garing.

Tempe goreng pedas

BAHAN-BAHANNYA :
  • 1/2 paket tempe (hiris nipis &goreng)
  • segenggam ikan bilis (goreng garing)
  • 2 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 10 biji cili api + 2 biji cili hijau (tumbuk)
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
CARA-CARANYA :
  • Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan sedikit garam dan gula, matikan api.
  • Apabila bahan sambal agak sejuk, gaulkan tempe dan ikan bilis. (ini bagi mengekalkan kerangupan ikan bilis)
  • Sedia dihidangkan. 

Nasi goreng kicap

BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 mangkuk nasi
  • 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 cawan lebihan daging goreng kunyit
  • 10 ekor udang goreng
  • 1 sdb cili boh
  • 1 batang sosej (hiris bulat)
  • kicap manis secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARANYA :
  • Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi. Masukkan cili boh, kacau rata kemudian tambahkan sosej. Setelah itu bolehlah masukkan nasi dan bahan-bahan lain. Sebelum memasukkan garam rasa dahulu.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kek zebra


SUMBER :  1000 RESIPI UNGGUL CITARASA MALAYSIA
OLEH :  CHEF ZAIDAH  MOHD NOOR
HIDANGAN 6  
MASA 1 1/2 JAM


  • BAHAN-BAHAN :
  • 100 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 3 biji telur
  • 5 sdb susu pekat
  • 175 gm tepung naik sendiri
  • 25 gm serbuk koko
  • 1 sdk esen vanilla
  • 1 sdk perisa oren
  • CARA :
  • Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan susu pekat. Kacau rata. Tambah tepung dan kacau sehingga sebati.
  • Bahagi adunan kepada 2. Campurkan serbuk koko dan esen vanilla ke dalam satu bahagian. Campurkan sebahagian lagi dengan perisa oren. Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam acuan berukuran 18cm x 18cm. Bakar pada suhu 170'c (330'f) selama 40 minit sehingga masak.