Thursday, January 29, 2015

Agar-agar santan Pak belalang

 Pencuci mulut khas buat penggemar Pak belalang macam makcik nie. Biasanya makcik buat guna nisam@ gula melaka tapi sementara kopi dok ada ni kita guna la kopi pulak.
Sedap, enak , harum mewangi.....laju je masuk dalam tekak.
Kalau korang bukan peminat setia kopi boleh guna 1 sachet je, tapi ini kopi bukan sebarang kopi tauuuu..orang yang dah minum je tau keenakannya disamping ciri2 terapeutik yang terbukti. Dapatkan dari ahli-ahli ARBA NETWORK disekeliling anda. 
 BAHAN-BAHAN :
20 gram agar-agar tali
2 helai daun pandan (simpul)
3 1/2 c air
1 kotak santan
2 sachet kopi Pak belalang (xsuka kopi, kurangkan)
2 senduk gula @ secukup rasa (guna senduk gulai)
secubit garam
1 biji telur (jika suka corak2 sikit)


CARA-CARA :
 Basuh agar2 dan rebus bersama air.
 Masukkan gula dan daun pandan, biar mendidih.
 Pastikan gula hancur sebelum
 memasukkan santan. Gaul rata dan tambahkan secubit garam untuk menaikkan lemak.
 Padamkan api dan masukkan kopi Pak belalang, sebarkan keenakannya ke seluruh  taman perumahan anda.
 Tapis
 ke dalam loyang kegemaran. 
 Kalau suka boleh tambah sebiji telur (yg telah dipukul)
Ini la Pak belalangnya....segakkan...
Sedia dihidangkan setelah dibiarkan semalaman....
Rasa...Nikmat....Retro.....

Wednesday, January 28, 2015

Kek kopi Pak belalang yang mabeless

 Kek ni makcik buat guna resepi kek paun biasa shj. Yang sukat2 pakai cawan tu. Ni resepi seadanya..


BAHAN-BAHAN :
 (makcik guna mangkuk ikea yg plastik tu..guna cawan pun boleh asalkan bekas yang sama)

1 mangkuk kecil mentega (jgn penuh sangat, ala2 je)
1 mangkuk kecil gula kastor (boleh kurangkan kuantiti)
1 mangkuk kecil telur
1tsp esen vanilla
1sdt serbuk penaik 
2 sachet kopi pak belalang + tepung gandum (jadikan 1 mangkuk kecil)
sedikit spray oil untuk menggris loyang
CARA-CARA :
Panaskan ketuhar selama 10 minit.
Griskan loyang yang sesuai dan ketepikan.
Tepung gandum, serbuk penaik dan kopi pak belalang diayak.
Di dalam pengadun, pukul mentega dan gula halus hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga gebu.
Tambahkan esen vanilla dan sesudu demi sesudu bahan ayak.
Gaul rata.
Tuangkan ke dalam loyang dan sedia dimasukkan ke dalam ketuhar.

Sangat sesuai untuk dijamu kepada prospek.......sebarkan keenakannya.

Tuesday, January 27, 2015

Spaghetti bebola daging

 Spaghetti ni resepi yang biasa makcik buat. Cuma di dalamnya kuah tomato saja. Bebola tu pulak makcik bulat-bulatkan daging burger Ramly. Resepi lebih kurang kat sini

Biasa-biasa je....

Kalau korang selalu perhati makcik....mesti korang akan perasan yang makcik ni selalu makan ikan bakar tawar. Ikan kembung yang dipanggang bodo, cicah ngan budu @ air asam. 
Kerap sangat makcik buat lagu ni. Bukan apa...kalau time malas , lauk itu laa yang paling senang tapi kalau dah start makan memang bertambah-tambah laa saiz pinggang hu...hu...
Masak la gini untuk besok...mesti korang xnyesal.

Mi basah biasa-biasa....

 Mi basah untuk memeriahkan suasana...saja je nak tunjuk gambar. Jangan marah ye..


Kek paun blueberi

 BAHAN-BAHAN :
2 tbsp mentega (untuk gris loyang)
2 3/4 c tepung gandum (ayak)
1 tsp serbuk penaik (ayak)
1/2 tsp garam halus (ayak)
1 c mentega
2 c gula kastor
4 biji telur
1 tsp esen vanilla
2 c blueberi +1/4 c tepung gandum (gaul bersama dan ayak***makcik guna frozen***)
CARA-CARA :
Sapukan mentega ke dalam loyang dan ketepikan. 
Jangan lupa untuk memanaskan oven selama 10 minit. (Suhu bergantung kepada ketuhar masing2)
 Di dalam pengadun, krimkan mentega bersama gula hingga putih.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan.
Tambahkan esen vanilla sambil memasukkan bahan ayak sesudu demi sesudu.
Setelah sebati, kaup balik blueberi dengan menggunakan spatula.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah diketepikan tadi.
Bakar hingga masak.
 Sangat enak dinikmati bersama secawan kopi.
Selamat mencuba.

Biasa-biasa je.....

 Buntu nak masak apa hari ni....anak dah nak balik sekolah ni. Masak ajelah yang senang2 macam ni. Lauk yang xmuak dimakan. Ada tomyam campur, kerabu pauh, ayam goreng dan semestinya ulam dan sambal belacan....Selamat memasak.

Sunday, January 25, 2015

Nasi mandy ayam

 Ni gambar untuk cuci mata je...nanti makcik free bila2 makcik ajar cara buat langkah demi langkah ekk...

Biasa-biasa je.....

 Lagi contoh hidangan biasa...hidangan kampung yang xjemu dijamah. Masak lemak kuning sotong inti pulut, tumis sawi dan udang, ikan kerisi goreng dan juga ikan gelama jeruk yang membuka selera. Bismillah....

Aglio olio

 BAHAN-BAHAN :
1 paket spaghetti (direbus bersama sedikit garam,tos)
udang, sotong dan lala secukupnya
1 labu bawang putih (cincang)
5 biji tomato mengkal (cincang)
1 genggam daun sup
chili flakes udang kering secukup rasa (ada dijual di supermarket, jenama Mae Pranom)
perahan limau kasturi secukup rasa
garam secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang cincang hingga wangi.
Masukkan udang, sotong dan lala.
Kacau rata.
Masukkan pula tomato yang telah dicincang tadi.
Kemudian tambahkan spaghetti, garam dan juga daun sup.
Sebelum diangkat, taburkan chili flakes dan perah limau sejurus sebelum menghidang.

Cik mek molek

Dah kenyang makan nasik, minum petang makan cik mek molek pulak. 
Memang molek untuk menambah saiz pinggang anda seperti apa yang makcik buat sekarang..hu...hu.....
nak resepi...rasanya ada kat sini.

Biasa-biasa je.....



 Lagi contoh-contoh menu tengahari....
asam pedas ikan pari, ayam goreng kunyit, ikan masin, ulam pucuk janggus a.k.a gajus.
Korang xteringin ke.....

Roti sardin

 Roti sardin celup telur...saja nak perabihkan stok roti sebelum berkulat.
Tak baik membazir kann...kann......

Nasi minyak berjagung

 BAHAN-BAHAN :
3 c beras basmati (direndam selama 30min didalam air bersama sedikit garam, toskan)
secukupnya air untuk merebus beras
2 helai daun pandan (carik dan simpul)
2 tbsp mentega
1/3 c susu cair
4 tbsp biji jagung @ jagung krim
garam secukup rasa
sedikit air rebusan untuk merenjis
beberapa titis air mawar

 BAHAN TUMIS : 
2 tbsp butter +sedikit minyak
1 inci halia (hiris)
5 ulas bawang merah (hiris)
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang

CARA-CARA :
Panaskan air secukupnya di dalam periuk,biar mendidih.
Setelah mendidih, masukkan beras yang telah ditos dan rebus selama lebih kurang 10 minit @ setengah masak.
Toskan beras dan simpan sedikit air rebusan.
Sementara itu, panaskan mentega dan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumiskan bahan tumis bersama daun pandan simpul hingga wangi. 
Masukkan garam secukupnya. Kacau lagi.
Masukkan beras dan gaul rata. 
Tambahkan jagung, susu cair dan percikkan sedikit air rebusan jika perlu.
Renjiskan air mawar dan letakkan 2 tbsp mentega di atas nasi.
Dengan menggunakan api yang kecil, tanak nasi sehingga masak dan berderai. 

Biasa-biasa je....

 Tak tau nak masak apa tengahari ni....ni dia contoh-contoh menu ringkas. Xpayah pening-pening nak memikior. Ada ayam percik untuk anak-anak, ikan bakar tawar cicah air asam untuk mak bapak, kacang panjang goreng dan ulam pucuk gajus dengan timun.
Jemput.

Thursday, January 22, 2015

Kuih kaswi

 Dah pernah kasi resepi kuih ni...kat sini. Kuih yang xpernah jemu dimakan sampai bila-bila.
Cuba jangan xcuba ye anak-anak.
Sebelum dikukus....
Selepas dikukus.....
Setelah dimekapkan....











Buah keriang

 Sapa yang xpernah makan buah ni. Sedap wooo...rendam dalam air garam pas tu makan. Rasa kelat2 pas tu masin. Nostalgia sungguh. Payah dah nak jumpa buah hutan ni...ni pun masa balik Kedah hari tu jumpa kat pasar malam Simpang Kuala. Mahal dah la ni..sebakul kecik 5 ringgit.