Anak-anakku

Loading...

Tuesday, June 5, 2012

Kari ikan bawal emas

BAHAN-BAHAN :

  1. 1 ekor ikan bawal emas (potong 2)
  2. 2 paket kecil serbuk kari ikan baba's
  3. 2 tangkai daun kari
  4. 1 sdk halba campur
  5. 2 sdb bawang merah kisar
  6. 1 sdb halia kisar
  7. 1 sdb bawang putih kisar
  8. 1 sdb cili kisar
  9. 1 gelas santan
  10. 1 mangkuk air asam jawa
  11. 10 batang bendi (belah 2)
  12. 1 tangkai cili merah & cili hijau (belah 2)
  13. garam,gula dan sedikit perasa
  14. minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis halba campur dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bawang,halia dan cili kisar. Kacau hingga garing.
  3. Tambahkan rempah kari yang telah dicampur bersama sedikit air. Masak lagi hingga rempah terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan santan, ikan dan air asam. Biarkan merenih di atas api yang sederhana. Jangan lupa untuk memasukkan bahan perasa.
  5. Setelah mendidih, masukkan bendi dan cili. Tunggu hingga bendi layu.
  6. Sedia dihidangkan.

2 comments:

  1. kari ikan bawal???... sedapnyerrrrr...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Azura sbb sudi jengah dapur Nasya..selamat berkenalan....

    ReplyDelete