Anak-anakku

Loading...

Monday, June 4, 2012

Asam pedas ikan merah

BAHAN-BAHAN :

  1. 1 ekor ikan merah sederhana
  2. 5 sdb cili kisar
  3. 1 sdb halia kisar
  4. 1 inci kunyit (kisar)
  5. 1 sdb bawang putih kisar
  6. 3 sdb bawang merah kisar
  7. sedikit halba
  8. 3 batang serai (ketuk)
  9. 2 batang bunga kantan (belah 2)
  10. secekak daun kesum
  11. 3 helai daun limau purut (dicarik)
  12. belacan bakar sebesar ibu jari
  13. segenggam asam jawa (dicampur bersama air secukupnya)
  14. 1 biji tomato (belah 4)
  15. terung dan  bendi secukupnya
  16. garam dan gula secukup rasa
  17. sedikit serbuk pati ayam
  18. minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan minyak secukupnya, tumis halba sebentar hingga wangi. 
  2. Masukkan bahan kisar, belacan dan serai, masak hingga terbit minyak dan hilang bau cili.
  3. Tambahkan air asam dan air secukupnya untuk kuah. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum dan juga daun limau purut. Tunggu hingga menggelegak.
  5. Tambahkan bahan untuk perasa dan juga sayur-sayuran.
  6. Rasa asam garamnya. Setelah berpuashati bolehlah matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas atau roti.

3 comments:

  1. Sam pedas... kalau ada ulam lagi la menjadi makan nasi dengan asam pedas ni..

    ReplyDelete
  2. as-salam nasya
    kita suka ikan merah..mmg sedap sekali ikan ni masak asam pedas..kalau blh letakkan lada hitam..lagi power!!!!

    ReplyDelete
  3. salam k ros n ady...makasih byk sbb sudi jenguk dapur kita...
    kita suka mkn asam pedas ngan roti gardenia,sambil mkn sambil hirup kuah...mmm sedap..
    len kali nak try cam ady cakap laa..letak lada hitam plak he..he..

    ReplyDelete