Friday, May 17, 2013

Udang galah masak sos


 BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang galah
1 paket kecil taucu
1 tbsp sos tiram nona
2 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
1 biji telur (dipukul)
minyak untuk menumis

DIHIRIS :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili api

CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang hingga wangi
 masukkan taucu, sos-sos dan juga cili hiris. Gaul rata
 kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan. Masak hingga udang kecut
 setelah itu tambahkan telur yang telah dipukul perlahan
 gaul hingga telur berketul. Lauk ini tidak memerlukan garam dan juga gula kerana taucu dan sos-sos sudah masin. Jika suka boleh masukkan sedikit air.
sedia dihidangkan bersama nasi panas.



6 comments:

  1. as-salam
    wow!!!besarnye udang makcik nasya!!!npk sedap..kalau pak cik mkn ni mmg tak cukuplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm pakcik...amboix3 pakcik nie...makan banyak ekkk!!!xjadik laa ajak pakcik pi kenduri kih....kih....kih....

      Delete
  2. salam..

    menggiurkan sangat udang galah tu..alahai, sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he...he....resepi humban dalam kuali je...senang giteww...

      Delete
  3. Perghhhhh sedap betul la hai udang galah ni, bape puluh hengget ni 4 ekor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik...hik...sahabat kita dari Sandakan kasi free. Ada dlm 20 ekor gitu. Terbuntang2 laa jugak bijik mata nak perabih...

      Delete