Anak-anakku

Loading...

Friday, June 22, 2012

IMAM AHMAD MENGUSIR JIN

Dalam kitab yang disusun oleh Imam Ahmad dan para sahabat dari Ali bin Ahmad bin Ali Akbari, ia berkata, "Ayahku bercerita kepadaku bahawa datukku berkata,
"Pada suatu waktu saya berada di masjid Abu Abdullah Ahmad bin Hambal. Tiba-tiba datanglah utusan Al-Mutawakkil yang memberitahukan bahawa seorang gadis hamba sahaya yang telah kerasukan jin dan meminta Imam Ahmad bin Hambal agar mendoakannya kepada ALLAH demi kesembuhannya. Kemudian Imam Ahmad mengeluarkan terompah kayunya dan memberikannya kepada seorang temannya seraya berkata, "Katakanlah kepada jin, "Mana yang engkau sukai; keluar dari wanita itu atau ditampar dengan terompah ini sebanyak tujuh puluh kali."
          Sambil membawa terompah itu, utusan itu pun berangkat ke tempat orang yang kerasukan dan menirukan apa yang dikatakan oleh Imam Ahmad. Melalui mulut orang yang kerasukan itu, jin tersebut berkata, "Saya mendengar dan akan mentaatinya. Sekiranya Imam Ahmad mengusir kami dari negeri Iraq, tentu kami pun akan segera meninggalkan tempat itu. Sebab Imam Ahmad adalah orang yang taat kepada ALLAH. Siapa yang taat kepada ALLAH, akan ditaati oleh segala sesuatu."
Kemudian jin itu keluar dari tubuh wanita tersebut dan ia pun menjadi tenang dan memperoleh keturunan yang ramai.
Setelah Imam Ahmad meninggal dunia, ternyata jin tersebut kembali kepada wanita tadi. Maka Al-Mutawakkil mengirim utusan kepada teman Imam Ahmad yang bernama Abu Bakar Al-Marwazi untuk memberitahukan masalah tersebut. Seperti yang dilakukan oleh Imam Ahmad, Al-Marwazi pun segera mengambil terompah dan pergi menemui wanita tadi. Melalui mulut wanita itu, berkatalah jin itu, "Saya tidak akan keluar dari wanita ini, tidak akan patuh kepada anda, dan tidak akan menerima apapun dari anda, kecuali jika anda taat kepada ALLAH sebagaimana Imam Ahmad, lalu memerintahkan kepadaku untuk taat kepadaNya."

1 comment:

  1. Assallamualaikum Nasya..

    Naz sihat2 jer. Harap nasya pun cam tu jugak eh..
    Sekoteng tu bila dah rebus, kalau makan cam tu jer tak rasa apa2.. Tawar jer. Bila digigit cam kenyal2 gitu. Tp bila dah masuk dlm kuih tak rasa pun kekenyalannya..

    ReplyDelete