Anak-anakku

Loading...

Saturday, October 1, 2011

Padprik campur

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 1 mangkuk kecil udang 
  • 1 batang saderi (potong kecil)
  • 1/2 batang karot (hiris bulat)
  • 7 batang kacang panjang (potong 3 cm)
  • sedikit bunga kobis (potong, rendam air garam dan toskan)
  • 1 biji tomato (potong 8)
  • secekak cili api (diketuk)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
  • 1 biji bawang besar (dipotong baji)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap cair dan kicap manis secukupnya
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih  hingga wangi. Masukkan isi ayam, masak hingga isi ayam kecut. Kemudian tambahkan udang, kacau rata.
  • Setelah udang masak masukkan sos-sos dan juga sayur. Renihkan sebentar. Setelah sayur agak layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment