Anak-anakku

Loading...

Saturday, April 30, 2011

bihun goreng makanan laut


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 keping bihun (rendam dan toskan)
  • 8 ekor udang
  • 1 ekor sotong (hiris)
  • 1 keping fish cake (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 biji cili hijau (hiris)
  • 10 biji cendawan shitake segar (potong 4)
  • sos ikan secukupnya
  • sedikit serbuk pati ayam 
  • daun sup dan daun bawang 
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga wangi dan garing.Masukkan udang, sotong dan fish cake goreng sebentar.Masukkan bihun dan masak hingga lembut.
      2. Tambahkan sos ikan dan masukkan sedikit air jika bihun masih keras.Kacau rata. Tambah perasa dan cendawan. Masak hingga cendawan agak lembut.
      3. Tabur daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.

No comments:

Post a Comment