Anak-anakku

Loading...

Saturday, April 30, 2011

mugalgal (masakan arab)

Alkisahnya resepi ni nasya belajar dari kawan yang dah lama dok menetap di mekah. Mugalgal ni lebih sedap jika dimasak menggunakan daging kambing. Apa-apapun semoga ada yang sudi mencuba resepi ni.



  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 500 gm daging  ayam (potong kecil)
  • 1 biji bawang besar  kuning (dadu halus)
  • 5 biji tomato masak ranum @lebih (dadu kecil)
  • 150 gm yogurt asli
  • 5 biji cili hijau (hiris nipis)
  • 1 sdb serbuk jintan putih
  • 1 sdb serbuk cili (boleh dikurangkan)
  • 3 pokok daun ketumbar (dihiris)
  • garam jika perlu 
  • 100 gm butter (dicairkan)
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Semua bahan dileburkan sekali di dalam periuk kecuali yogurt, daun ketumbar dan minyak butter. Apabila ayam telah mula empuk dan berkuah masukkan yogurt. Masak lagi.
    2. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, garam dan minyak butter. Sedia dimakan bersama roti nan.

No comments:

Post a Comment