Anak-anakku

Loading...

Thursday, April 19, 2018

Telur berlada petai

 BAHAN-BAHAN :
6 biji telur (rebus, goreng sehingga berkulit)
40g isi petai (belah 2)
4 biji belimbing buluh (hiris)
2 Tbsp cili kisar
1 Tbsp kicap manis kipas udang
1/2 Tbsp gula
garam bukit
minyak untuk menumis

DIKISAR :
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar saiz sederhana
1 biji tomato masak
10 tangkai cili api
1cm belacan


 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis cili kisar bersama bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan telur, belimbing dan juga petai.
Masak sehingga sebati.
Tambahkan gula, kicap dan garam secukup rasa.
Gaul rata.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

2 comments:

  1. Salam makcik.. Makcik apa khabar
    .harap2 makcik sihat selalu . Lama tak masuk blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Pakcik...makcik sihat Alhamdulillah. Rindu sangat ngan pakcik & family huhuuuu

      Delete