Thursday, August 22, 2013

Ayam masak tomato


 BAHAN-BAHAN :
1/2 kg ayam (potong kecil, digaram kunyit dan goreng 1/2 masak)
secukupnya daun sup dan daun bawang
sos tomato dan sos cili secukup rasa
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
DIKISAR :
1 biji tomato
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
 2 batang serai
sedikit cili kisar


CARA-CARA :
Panasakan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan juga gula.
Tambahkan sedikit air jika mahu berkuah.
Kemudian masukkan ayam  dan gaul rata dan masak lagi beberapa ketika sehingga kuah sedikit pekat.
Rasa garam gulanya dan tabur daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment