Loading...

Thursday, April 25, 2013

Ayam kicap pedas manis




 BAHAN-BAHAN :

  • 600 gm ayam 
  • 2 biji kentang (potong baji)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 labu bawang besar + 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 tbsp cili kisar
  • 1/2 tbsp halia kisar
  • 1 biji tomato (potong baji)
  •  1 tangkai cili merah (hiris)
  • 1 senduk kicap manis cap kipas udang
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

CARA -CARA :

 Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali, goreng kentang sehingga empuk. Angkat dan ketepikan
 kemudian lumurkan ayam bersama sedikit garam dan goreng 1/2 masak. Ketepikan

 di dalam kuali yang lain, masukkan sedikit minyak gorengan dan tumis bahan kisar hingga wangi
 dan garing
 masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata
 tambahkan air
 dan juga kicap manis. Masak hingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa. Jika ingin lebih manis boleh masukkan sedikit gula
 kemudian masukkan kentang dan bahan hiris. Gaul sebati.
 masukkan tomato dan masak hingga kuah pekat.
sedia dihidangkan.


2 comments:

  1. perghhhhhhhh... meleleh wooooo!! kalau dok dekat dengan nasya ni, mau dinner sama.. :P
    ape pun ayam masak kicap mmg feveret anak2 dan nani.. tapi kalau letak cili tu, mmg nani biar merah gitu, tak payah tambah kicap.. sbb anak2 pulak hantu sambal... hehehe.. ape pun mmg bagos gak sesekali tukar selera... pedas dan manis..

    ReplyDelete
  2. ASSALAMU'ALAIKUM.... TERIMA KASIH ATAS PEKONGSIAN ILMU. LAGI BERKAT JIKA KITA MASAK SAMBIL ZIKIR DAN SELAWAT. INSYAALLAH TAMBAH SEDAP DAN BERKAT MASAKAN KITA...

    SHERRA D'S
    FB

    ReplyDelete