Anak-anakku

Loading...

Tuesday, December 13, 2011

Gulai ayam mudah

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 kg santan
1 senduk cili kisar
2 keping asam gelugur
1 mangkuk kecil daun selasih (jika ada)
BAHAN KISAR :
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
1 inci kunyit
1 inci halia
 1 batang serai
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Renih di atas api yang sederhana.

Kacau selalu agar santan tidak berketul.

Masak lagi hingga gulai mendidih dan ayam empuk serta kuah terbit minyak. Tambahkan garam serta gula secukupnya.

 Sebelum diangkat masukkan daun selasih. Gaul rata dan 

Sedia dihidangkan bersama nasi atau roti.
Anda juga boleh menambahkan ubi kentang ke dalam gulai ini jika suka.

2 comments:

  1. as-salam nasya
    nmpk sdp resepi ni..i wanna try it at home..

    ReplyDelete
  2. wslm Ady...lama xdengar khabar Ady..sihatkah?
    memang sedap Ady sebab wangi dari daun selasih tu yang buat sedap..ringkas buat orang yang baru belajar cam Nasya nie..ha..ha..

    ReplyDelete