Wednesday, October 19, 2011

RASULULLAH SAW SENTIASA MEMIKIRKAN UMATNYA

Menurut suatu riwayat, wafatnya Rasulullah SAW disebabkan oleh sakit kepala yang dialami selama 18 hari pada bulan Safar. ALLAH SWT kemudian memerintahkan Malaikat Maut mencabut roh Nabi Muhammad SAW dengan penuh kelembutan dan kehalusan
.
Perintah ALLAH kepada malaikat itu,"Kalau dia mengizinkanmu memasuki rumahnya, maka masuklah, tetapi jika dia tidak izinkan, maka kembalilah."
     Malaikat Maut kemudian segera menemui Nabi Muhammad SAW dalam bentuk seperti orang Arab Badwi. Malaikat kemudian mengetuk pintu sambil memberi salam dan meminta izin masuk, tetapi Fatimah tidak membenarkannya masuk kerana Rasulullah SAW sedang sakit tenat.
Rasulullah SAW yang mendengar ketukan itu bersabda,"Tahukah engkau siapa dia?", "Tidak!", jawab Fatimah."Dialah Malaikat Maut yang akan mencabut segala macam kelazatan dan kenikmatan serta nafsu syahwat. Dialah yang akan memisahkan antara kita", jawab baginda. Fatimah kemudian menangis.
"Masuklah hai Malaikat Maut", perintah Rasulullah SAW. Sewaktu malaikat masuk, Rasulullah SAW bersabda,"Engkau datang sebagai pengunjung atau datang untuk mencabut rohku", tanya Rasulullah SAW.
"Malaikat Maut menjawab,"Untuk kedua-duanya sekali jika Rasulullah mengizinkan, tetapi jika tuan tidak izinkan, sekarang juga aku keluar".
     Tidak berapa lama kemudian Jibril pun turun dan duduk di sebelah Rasulullah  dan Rasulullah SAW bersabda,"Tidakkah kamu tahu bahawa ajalku sudah hampir sampai. Kerana itu tolong beritahu pahala dan kemuliaan yang ALLAH SWT sediakan bagiku di sisiNya".
"Semua pintu langit telah terbuka dan Malaikat telah berbaris menunggu kedatanganmu, demikian juga pintu syurga", jawab Jibril as.
Rasulullah bertanya,"Bagaimana keadaan umatku pada hari kiamat nanti ?".
"Percayalah kepadaku bahawa ALLAH SWT telah melarang semua Nabi-Nabi dan umatnya masuk ke syurga sebelum kamu dan umatmu memasukinya", jelas Jibril lagi.

No comments:

Post a Comment