Anak-anakku

Loading...

Thursday, October 13, 2011

MALAIKAT RIDHWAN HAIRAN SEORANG MUKMIN YANG ENGGAN MASUK SYURGA

Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti ALLAH SWT akan memerintahkan akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yang hadir dihadapanNya. Seorang adalah yang taat kepada perintah ALLAH SWT manakala yang seorang lagi ialah yang derhaka kepada ALLAH SWT. Kedua-dua mereka mati dalam keadaan beriman.
     ALLAH SWT menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat kepada ALLAH SWT ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman :" Aku merelakan dia."
     Kemudian ALLAH SWT memerintahkan malaikat Zabaniah membawa yang seorang lagi ke neraka dan ALLAH SWT memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yang pedih. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :" Sesungguhnya orang ini ialah peminum arak."
     Orang yang taat kepada perintah ALLAH itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat ALLAH. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang telah diputuskan ke neraka berkata :" Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku."
     Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga, malaikat Ridhwan berkata kepadanya :" Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat ALLAH SWT ."
     Berkata orang itu :" Aku tidak mahu masuk ke dalam syurga bawalah aku ke dalam neraka."
     Malaikat Ridhwan berkata :" Aku tidak dapat membawa kamu ke neraka sebab ALLAH SWT telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu."
     Berkata orang itu :" Aku tidak mahu syurga dan aku juga tidak mahu layananmu."
     Setelah itu kedengaran suara yang berkata :" Wahai Ridhwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada dalam dirinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri, dengan demikian kamu dapat mengetahui sebabnya."
     Lalu malaikat Ridhwan bertanya :" Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga, dan kenapa pula kamu hendak masuk ke dalam neraka."
     Berkata orang itu :" Aku tidak mahu masuk ke syurga sebab orang yang derhaka kepada ALLAH itu telah diputuskan masuk neraka, dahulunya aku dan orang yang derhaka itu adalah bersahabat semasa di dunia, dia telah meminta pertolongan dari aku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian maka aku fikir lebih baik jika aku juga masuk ke dalam neraka supaya sama-sama diseksa dalam neraka."
     Kemudian kedengaran seruan dari ALLAH Yang Maha Rahman bermaksud :" Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka, sebab dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia pun mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja; maka bagaimanakah Aku merelakan kamu hambaKu masuk neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai Tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama dengannya dan aku telah mengampuninya dan Ku serahkan dia kepada kamu."

No comments:

Post a Comment