Anak-anakku

Loading...

Thursday, October 13, 2011

Mi sup ekor

Mi sup ni pun Nasya buat semalam. Cik abang mintak nak makan bihun sup utara tapi daging dok kat bawah sekali. Nak kena memunggah la pulak...nasib baik ekor ada kat atas. Buat sup ekor je la lagi senang lepas tu selam je mi tu gedebuk..dah bole makan. Sup ni Nasya campur bunjut ngan rempah sup adabi. Bagi pekat. Halia kena letak lebih, agak2 laaaa 1/2 ketul ke...lada hitam Nasya letak 1 sdb. Nak sedap lagi letak pati ikan bilis sikit. Pak aji xyah letak dah. Masa rebus ekor tu jangan lupa ya letak sudu sekali baru la ekor tu cepat lembut xde la sampai berjanggut Nasya nak nunggu..xkuasa makcik. Apa2pun sebelum makan tu perah limau kasturi dan letak sambal kicap banyak2 mesti berasap. Cuba jangan xcuba yaaa.

No comments:

Post a Comment