Anak-anakku

Loading...

Wednesday, April 25, 2018

Sup lobak putih

 
 BAHAN-BAHAN :
500g lobak putih (buang kulit, hiris bulat)
1 biji tauhu (dadu kecil)
3 batang daun bawang (hiris)
6 helai ketumbar vietnam@sawtooth (hiris, jika suka)
1 Tbsp Sunchang ssamjang @ miso
3 ulas bawang putih (hiris)
2 Tbsp minyak
2 liter air tapis
garam laut 
2 Tbsp kicap cair
serbuk lada putih/serbuk lada hitam


BAHAN-BAHAN :
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan lobak putih, air dan juga pes soya berperisa.
Masak sehingga lobak lembut menggunakan api sederhana.
Kemudian masukkan tauhu yang didadu kecil.
Perisakan dengan garam, kicap cair, serbuk lada. 
Setelah sebati rasanya dan sayur empuk, taburkan daun bawang dan juga daun sawtooth.
Matikan api dan sedia dihidangkan.


***Setiap kali menjalani rawatan di IKN, kami pasti akan dijamu nasi berlaukkan ayam @ ikan dan juga sayur lobak putih. Jika bukan sayur lobak putih, pastinya lobak merah @ bunga kobis.
Sayuran ini sentiasa ada di dalam menu memandangkan khasiatnya yang sangat bagus untuk pesakit KANSER. ***

No comments:

Post a Comment