Anak-anakku

Loading...

Saturday, February 17, 2018

Kek jagung

 BAHAN-BAHAN :
1 gelas tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur A
3/4 gelas gula kastor
3/4 gelas mentega
1/2 tin jagung krim (tin 425g)
1 tsp esen vanilla

CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, putar gula bersama mentega sehingga putih.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga gebu.
Masukkan bahan ayak berselang seli dengan jagung krim.
Tambahkan juga esen vanilla.
Gaul hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dioles mentega.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar kek sehingga masak.

2 comments:

  1. wow
    tak pernah jumpa lagi kek jagung
    macam sedap jer nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hans sbb sudi berkunjung ke dapur akak...sedap kek ni rasa lemak2 jagung...selamat mencuba ye.

      Delete