Wednesday, October 25, 2017

Kari ikan selar papan

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan selar papan (350g)
2 keping nanas masak
1/2 tsp halba campur
3 Tbsp serbuk kari ikan Baba's
2 tangkai daun kari
1/2 jag blender air
1 cawan santan
garam bukit / gula
2 Tbsp minyak kelapa

DIKISAR ;
1 biji tomato masak
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA-CARA :
 
Panaskan minyak kelapa dan tumis halba campur bersama daun kari sehingga meletup-letup.
Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing.
Kemudian tambahkan serbuk kari yang telah dijadikan pes.
Masak sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan nenas yang telah dipotong kecil dan juga air.
Masak sehingga mendidih dan nenas lembut.
Setelah itu masukkan santan dan tunggu sehingga santan mendidih dan barulah dimasukkan ikan.
Tambahkan bahan perasa secukupnya dan setelah ikan masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kek kurma lembap

BAHAN-BAHAN :
240g tepung gandum
180g gula kastor
2 biji telur A
2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp soda bikarbonat
250ml susu segar
8 biji kurma (buang biji, kisar)

CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama soda dan serbuk penaik.
Ketepikan.
Pukul gula bersama telur sehingga putih.
Masukkan susu segar dan kurma kisar berselang seli dengan bahan ayak.
Gaul rata.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga masak.
Enak dinikmati bersama secawan kopi pekat.

Tuesday, October 24, 2017

Hilangkanlah segalanya...Farawahida



Nasi dagang Terengganu

 BAHAN-BAHAN :
Beras pulut susu
Beras Siam (cth Serindit, cap pisang, arnab dan mangga)
pati santan
sedikit halba
bawang merah kecil (mayang)
halia (hiris)
garam/gula

CARA-CARA :
Rendam semalaman beras siam dan beras pulut.
Panaskan pengukus dan kukus beras pulut yang telah dicampur beras siam separuh masak.
Keluarkan nasi dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
Tuangkan pati santan yang telah dicampurkan garam dan sedikit gula.
Masukkan halba dan gaul rata.
Masukkan kembali ke dalam pengukus.
Setelah nasi 3/4 masak, keluarkan lagi dan gaul bersama baki santan, halia dan bawang merah.
Kukus sehingga masak sepenuhnya.
Keluarkan dan sedia dihidangkan bersama acar mentah, gulai ikan aya, telur rebus dan sambal kelapa.



***Semasa menyediakan nasi ini, saya terlupa untuk mencatat sukatan. Jadi ratio beras pulut dan beras siam adalah lebih kurang 1cwn :21/2 cwn***

Ikan aya gulai nasi dagang


 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
3 Tbsp rempah gulai nasi dagang cap Rose 
500ml santan pekat
1/2 jag blender air
10 tangkai cili api
asam keping untuk merebus ikan (+-7 keping)
belimbing buluh sekiranya ada
gula melaka dan garam bukit secukup rasa
minyak kelapa untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia
3 hiris nipis lengkuas
1 Tbsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis biji
1 tsp jintan putih biji
5 biji buah keras
segenggam cili kering rebus (ikut suka)


 CARA-CARA :

Potong ikan aya dan rebus bersama asam keping, garam kasar dan gula melaka.
Ketepikan. (Lebih enak jika direbus sehari sebelumnya)
Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau dan pecah minyak.
Masukkan rempah nasi dagang yang telah dibancuh bersama sedikit air.
Masak lagi sehingga rempah garing.
Kemudian masukkan air dan separuh santan pekat.
Masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan sedikit air rebusan.
Gaul rata.
Kemudian tambahkan baki santan, cili api dan belimbing buluh jika ada.
Perasakan secukupnya.
Jika suka boleh juga memasukkan 1 @ 2 asam keping daripada rebusan ikan.
Setelah kuah agak pekat bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.

***REMPAH CAP ROSE HANYA TERDAPAT DI TERENGGANU, ANDA BOLEH MENGGANTIKAN DENGAN REMPAH KARI BIASA TETAPI RASANYA AKAN BERBEZA***

Sunday, October 22, 2017

Kek coklat

 BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum unbleached
3/4 cawan gula halus
1 cawan air
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur A
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak kelapa

CARA-CARA :
 Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, milo, soda dan baking powder.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul gula bersama telur dengan kelajuan sederhana sehingga putih.
Turunkan kelajuan rendah dan tuangkan susu pekat berselang seli dengan air dan juga bahan kering.
Aduk hingga rata.
Akhir sekali masukkan minyak kelapa.
Gaul dengan menggunakan spatula sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehibngga masak.


Saturday, October 21, 2017

Sup ayam dan bayam crockpot


BAHAN-BAHAN :
3 keping chicken thigh Az-Zain
3 gelas air
1 ikat bayam hijau
1 labu bawang putih (cincang)
2 Tbsp minyak kelapa
garam bukit dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA-CARA :
Masukkan ayam dan air ke dalam SLOW COOKER.
Pilih HIGH dan masak selama 2jam.
Selepas 2 jam masukkan bayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
Masak HIGH selama 30 minit.
Sementara itu, tumis bawang putih bersama minyak kelapa sehingga garing dan ketepikan.
Setelah bayam lembut, tuangkan bawang putih bersama minyaknya sekali ke dalam SLOW COOKER.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ dinikmati begitu sahaja.

***PESAKIT KANSER SANGAT DIGALAKKAN UNTUK MENGAMBIL LEBIH BAWANG PUTIH DALAM MENU SEHARIAN. INI KERANA BAWANG PUTIH BERSIFAT ANTI KANSER DAN BERTINDAK SEBAGAI ANTIBIOTIK.  LEBIH BAGUS JIKA DIAMBIL SEBAGAI ULAM. AKAN TETAPI SAYUR-SAYURAN LAIN DAN BUAH-BUAHAN PELBAGAI WARNA JUGA JANGANLAH DIABAIKAN KERANA MASING-MASING MEMILIKI KHASIAT SENDIRI***

Friday, October 20, 2017

Gulai tempoyak ikan patin


 BAHAN-BAHAN :
3 keping ikan patin (cuci bersama air bercampur sedikit cuka)
2 batang serai (ketuk)
1 helai daun kunyit (carik)
3 asam keping
garam laut dan gula secukup rasa

DIKISAR :
10 tangkai cili api
1 cm kunyit hidup
2 Tbsp tempoyak
1/2 jag blender air

 CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan dengan api sederhana sehingga menggelegak dan kuah terbit minyak.
Perasakan secukupnya sebelum diangkat dan dihidangkan.

Thursday, October 19, 2017

Roti kopi cip coklat

 BAHAN-BAHAN :
310ml air
3 Tbsp mentega
1tsp garam bukit halus
3 Tbsp gula
1 biji telur 
5 Tbsp susu tepung
520g tepung gandum 
1 sachet minuman Tamar Koko
1 sachet minuman kopi 3 dalam 1
1 tsp yis segera Mauripan
1/2 cawan cip coklat


 CARA-CARA:
Masukkan bahan-bahan mengikut arahan pada BREAD MAKER anda.
Tekan fungsi loaf.
Pilih kerak dan berat.
**Doh ini menghasilkan 2lbs roti***

Tuesday, October 10, 2017

Makaroni bakar

 BAHAN-BAHAN :
1/2 paket makaroni (rebus separuh masak, tos)
1 tin( 420g) sup ayam & cendawan Campbell
1 paket sosej (hiris bulat, goreng sebentar)
sedikit air
1 bungkus keju cheddar parut
sedikit serbuk lada hitam
sedikit daun thyme kering
garam bukit/laut jika perlu


CARA-CARA :
Didihkan sup cendawan Campbell bersama sedikit air +- 1/2 tin.
Masukkan serbuk lada hitam dan juga daun thyme.
Kacau rata.
Kemudian masukkan makaroni bersama separuh sosej yang diketepikan tadi.
Gaul rata.
Rasa dahulu sebelum memasukkan garam kerana keju sudah masin.
Tuangkan kedalam kaserol.
Taburkan baki sosej dan disudahi keju parut.
Bakar sehingga keju cair.
Sedia dihidangkan.

Monday, October 9, 2017

Ayam ratah-ratah

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam
1/2 Tbsp chili flakes
2 1/2 Tbsp gula perang
1 tsp tarragon kering
2 sudu kfc garam bukit
1 Tbsp marjerin

  CARA-CARA :
 
 Perap ayam bersama semua bahan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panggang ayam di dalam ketuhar sehingga masak.
Sedia dinikmati bersama sos kegemaran.






Saturday, October 7, 2017

Karamel Ros

 BAHAN-BAHAN :
6 biji telur gred C
1 tin susu pekat manis
1 tin air
30ml kordial ros
6 Tbsp gula pasir + 2 Tbsp air (untuk gula hangus)

CARA-CARA :
Panaskan gula di atas api perlahan.
Tambahkan air dan masak sehingga menjadi karamel.
Tuangkan ke dalam loyang dan ketepikan.
Sementara itu, kisar telur bersama susu, air dan kordial sehingga sekata.
Tapiskan adunan ke dalam loyang gula hangus.
Kukus sehingga masak.
Sedia dinikmati.

Friday, October 6, 2017

Makaroni goreng

 BAHAN-BAHAN :
1 paket makaroni (rebus separuh masak dan toskan)
1 tin sos spaghetti prego tomato, basil & bawang putih (300g)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
8 ulas bawang putih (tumbuk)
1 Tbsp cili boh Puteri
secubit belacan
1 paket daging kisar Ramly
1 Tbsp sos tiram
2 biji kapsikum (dadu)
garam/gula
minyak kelapa untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili boh dan belacan, goreng sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan daging kisar dan masak sehingga daging kecut.
Tuangkan sos Prego dan masukkan juga sos tiram.
Masak hingga mendidih.
Setelah itu masukkan makaroni yang telah ditos.
Goreng sehingga makaroni lembut.
Tambahkan kapsikum dadu, gaul rata.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan.

Sotong masak kicap

 BAHAN-BAHAN :
10 ekor sotong bersama dakwat
2 Tbsp cili boh Puteri
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
100ml kicap lemak manis kipas udang
200ml air
2 tangkai daun kari
garam/gula jika perlu
minyak kelapa untuk menumis
***jika menggunakan cili kisar, masukkan sedikit air asam jawa***

BAHAN KISAR :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar dan daun kari sehingga garing dan terbit bau.
Masukkan cili boh dan masak lagi sehingga terbit minyak.
Tuangkan kicap dan air masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih, tambahkan sotong, tomato dan bahan hiris.
Masak sehingga sotong kecut.
Rasa dahulu sebelum memasukkan bahan perasa.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi dan pelengkap.



Thursday, October 5, 2017

Kek cawan pisang yogurt

 BAHAN-BAHAN :
200g mentega
120g gula kastor
1/4 tsp garam bukit halus
100g pisang emas (lecek halus)
4 biji telur A
200g tepung gandum
1 tsp esen vanilla
1 tsp serbuk penaik
75g yogurt tawar
70g cip coklat

CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama garam dan serbuk penaik. 
Ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga sehingga lembut lebih kurang 7 minit.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga kembang.
Kemudian masukkan pisang lecek sedikit demi sedikit.
Tambahkan esen vanilla.
Masukkan tepung gandum berselang seli dengan yogurt sambil dipukul perlahan sehingga rata.
Masukkan cip coklat dan gaul sehingga coklat merata.
Tuangkan adunan di acuan muffin yang dialas cawan kertas.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar kek dengan suhu 180'c sehingga masak.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.

Tuesday, August 22, 2017

Gulai khopeh ayam

 BAHAN-BAHAN :
1 kg bahagian tulang ayam (kaki, kepak, tulang belakang)
1 paket kecil rempah gulai darat kg.Langgar @ rempah kari
2 batang serai (ketuk)
1 gelas pati santan
2 keping asam gelugur
1/3 jag blender air
gula kabung dan garam laut secukup rasa
2 Tbsp minyak kelapa

BAHAN KISAR :
1 labu bawang besar sederhana
1 Tbsp cili boh
2 inci halia
3 ulas bawang putih
sehiris lengkuas
1 inci kunyit
1 tangkai cili merah

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam periuk.
Tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan rempah kari dan juga tulang ayam.
Masak sehingga ayam kecut dan terbit minyak.
Kemudian tuangkan air dan masukkan asam gelugur.
Masak sehingga mendidih.
Akhir sekali tambahkan pati santan dan perasakan secukupnya.
Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia dihidangkan.
Enak diratah-ratah @dicicah bersama roti.

Monday, August 21, 2017

Goreng kobis dan terung

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji terung panjang (belah 2, hiris)
5 helai kobis cina (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
6 biji bebola ikan (belah 4)
1 tsp bawang putih cincang
sedikit air
garam laut secukup rasa
1 Tbsp minyak kelapa

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Goreng terung sehingga layu dan lembut.
Angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan kobis, cili merah, bebola ikan dan juga terung.
Masak sehingga kobis lembut.
Tambahkan sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam laut secukupnya.
Sedia dihidangkan.


Sunday, August 20, 2017

Bubur lambuk

 BAHAN-BAHAN :
1/2 C beras
secukupnya air untuk merebus beras
sedikit daging rebus bersama air rebusan
1 Tbsp serbuk kari daging
sedikit pati santan
segenggam sayur cekur manis
2 biji kurma (hiris nipis)
sedikit isi jagung
garam laut secukup rasa

CARA-CARA:
Masak beras bersama air dan serbuk kari sehingga hancur.
Masukkan daging rebus bersama air rebusan dan masak lagi sehingga mendidih.
Kacau selalu.
Tambahkan pati santan, jagung, kurma dan juga cekur manis.
Jika bubur agak pekat bolehlah tuangkan air mengikut kesesuaian.
Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan telur masin @ sambal tumis.

Saturday, August 19, 2017

Asam rebus keladi

 BAHAN-BAHAN :
1 pokok keladi (siat kulit ari, rebus bersama asam & garam, tos)
4 ekor ikan pelaling
1 batang serai (ketuk)
3 tangkai daun kesum
2 Tbsp cili boh PUTERI
asam keping secukupnya
1/2 jag blender air

DIKISAR :
1 labu bawang besar kecil
1 ulas bawang putih
1/2 cm belacan

CARA-CARA :
 Masukkan air ke dalam periuk bersama cili boh, serai dan bahan kisar.
Masak hingga mendidih dan hilang bau cili.
Kemudian masukkan ikan, asam keping, daun kesum dan juga keladi.
Masak hingga mendidih sekali lagi.
Perasakan secukupnya dan sedia dihidangkan bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan.


Friday, August 18, 2017

Bening cendawan busut

 BAHAN-BAHAN :
10 kuntum cendawan busut (bersihkan)
1 biji petola (buang kulit keras, hiris)
1 labu bawang besar sederhana (tumbuk)
1 tsp lada hitam (tumbuk)
1 tangkai cili merah (hiris)
segenggam daun selasih
3 Tbsp budu SEDAP
secukupnya air untuk kuah
garam laut secukup rasa

 CARA-CARA :
Renihkan air dan bahan tumbuk sehingga mendidih.
Masukkan semua bahan lain dan masak sehingga cendawan dan petola lembut.
Tambahkan budu dan garam secukup rasa.
Matikan api dan enak dihidangkan bersama nasi dan ikan kembung goreng.

Monday, August 14, 2017

Sup petola dan suun

 BAHAN-BAHAN :
2 biji petola saiz kecil (bersihkan, hiris)
sedikit suun
5 ulas bawang putih (cincang)
serbuk lada hitam & serbuk lada putih secukup rasa
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam laut secukup rasa
secukupnya air untuk kuah

CARA-CARA :
Didihkan air bersama bawang putih.
Setelah menggelegak, masukkan petola dan perasa.
Kemudian masukkan suun secukupnya.
Biarkan seketika, matikan api dan bolehlah dihidang bersama nasi @ dinikmati begitu sahaja.

Udang sambal

 BAHAN-BAHAN :
15 ekor udang sederhana besar (buang urat)
2 biji kentang (belah 8, rebus & goreng)
1 biji terung kecil (belah 2, hiris & goreng)
20 biji petai (belah 2, goreng)
2 Tbsp cili kisar
sedikit air asam jawa
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
garam laut & gula secukup rasa
minyak kelapa untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tsp belacan 
20 tangkai cili api hijau @ lebih

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
Masukkan udang, kentang, terung dan juga petai.
Masak sehingga udang kecut.
Kemudian masukkan air asam jawa, tomato dan juga bawang hiris.
Perasakan secukupnya.
Setelah sambal terbit minyak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Wednesday, August 2, 2017

Susu kambing kurma

 
BAHAN-BAHAN :
250ml susu kambing asli
4 biji kurma

CARA-CARA :
Saya menggunakan susu kambing sachet jenama WILDAN.
Bancuh susu bersama 250ml air suam.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar bersama kurma yang telah dibuang biji.
Tapis dan sedia diminum.

Ikan celok pedas

 BAHAN-BAHAN :
4 keping ikan selar papan
1 biji terung panjang (belah 2, hiris serong)
1 biji tomato (belah 4)
air asam jawa secukupnya
air sama paras dengan ikan (untuk kuah)
garam laut

DIKISAR :
1 labu bawang besar saiz kecil
3/4 tsp biji ketumbar
5 tangkai cili api
1 inci kunyit
1 inci belacan bakar

CARA-CARA :
Masukkan air, bahan kisar dan juga terung ke dalam periuk.
Tenggekkan di atas api sederhana sehingga terung lembut.
Masukkan ikan, tomato dan air asam jawa.
Setelah mendidih perasakan dengan garam secukupnya.
Sedia dihidangkan dengan nasi dan sambal belacan.

Tuesday, August 1, 2017

Jus beetroot

BAHAN-BAHAN :
1 biji ubi bit saiz sedehana (kupas, hiris nipis)
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar ubi bit bersama air sehingga hancur.
Tapis dan sedia diminum.

Kerabu betik mengkal

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji betik separuh masak (sagat, ramas dengan air garam)
1 Tbsp udang baring
2 ulas bawang putih (tumbuk pecah2)
2 biji tomato masak (buang biji, potong baji tumbuk pecah2)
5 tangkai cili api @ ikut citarasa (tumbuk pecah2)
1 Tbsp gula kabung
sos ikan secukup rasa
jus limau kasturi secukup rasa

CARA-CARA :
Masukkan betik, udang baring dan bahan tumbuk ke dalam mangkuk besar.
Satukan gula kabung, sos ikan dan juga jus limau.
Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi betik tadi.
Gaul rata dan enak dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Monday, July 31, 2017

Jus epal & mangga

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji mangga masak
1 biji epal hijau
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar semua bahan.
Tapis dan hidangkan.