Anak-anakku

Loading...

Saturday, July 30, 2016

Sup kaki ayam

 BAHAN-BAHAN :
8 ketul kaki ayam (bersihkan bersama air limau nipis)
1 bungkus sup bunjut
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit kicap cair
beberapa titis kicap manis cap kipas udang
air secukupnya
garam secukup rasa
daun sup & daun bawang untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN HIRIS ;
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia tua

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan hiris sehingga garing.
Masukkan kaki ayam, sup bunjut, lada hitam dan air.
Masak hingga mendidih dan kaki ayam empuk.
Tambahkan bahan perasa.
Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.

2 comments:

  1. Salam. Sup kaki ayam ini elok untuk menghilangkan sakit lutut jika diamalkan berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSLM WBR.....ya ke cik Teratai...terima kasih untuk info.

      Delete