Anak-anakku

Loading...

Thursday, July 28, 2016

Ayam masak pedas bersama kurma


 BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam (potong kecil, sapu garam kunyit & goreng 1/2 masak)
2 tbsp cili kisar
1 labu bawang besar (hiris kasar)
1 biji tomato (belah 6)
2 tbsp sos tomato
sedikit air
madu dan garam secukup rasa
daun sup dan daun bawang secukup rasa
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
8 biji kurma (buang biji dan kulit ari)

 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis cili dan bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan sedikit air, madu, sos tomato dan ayam yang telah digoreng.
Kacau rata.
Tambahkan garam secukup rasa.
Masukkan juga tomato, bawang hiris, daun sup dan daun bawang.
Gaul sebati. Rasa apa yang kurang.
Sedia dihidangkan.

2 comments: