Anak-anakku

Loading...

Saturday, February 16, 2013

Kentang goreng bertelur

 BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji kentang (kupas kulit & hiris jejari)
  • 2 biji telur (kocok)
  • 1 tbsp serbuk kari daging indra
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • 1 genggam daun selasih
  • 1 tangkai cili hijau (hiris)
  • sedikit air untuk mengempukkan kentang
  • garam dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis


CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang cincang hingga wangi. 
  2. Masukkan kentang dan gaul rata. Tambahkan serbuk kari dan goreng sekejap.
  3. Tuangkan air sekadar untuk mengempukkan kentang. Setelah kentang empuk, masukkan sos tiram, telur dan juga bahan perasa.
  4. Sebelum diangkat taburkan daun selasih dan cili hiris. Gaul sebati dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

4 comments:

  1. ratah je pun berbaloi sangat ni..

    ReplyDelete
  2. he..he...sesuai untuk kanak2 ribena tuu Rohah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..emmm ni kalau meratah best juga niii...

    ReplyDelete
  4. cubalah Sue...mana tau kena ngan selera he..he..

    ReplyDelete