Anak-anakku

Loading...

Monday, February 18, 2013

Puding karamel susu coklat

 BAHAN-BAHAN :

  • secukupnya gula dihanguskan bersama sedikit air (ikut citarasa, mcik lebihkan sbb suka hirup karamel tuu)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 6 biji telur saiz A
  • 1 kotak kecil susu dutch lady perisa coklat (250 ml tu)
  • 1/2  tin air


 CARA :

  1. Tuangkan gula hangus ke dalam loyang dan biar sejuk. Sementara itu kisar kesemua bahan untuk puding. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.
  2. Setelah 40 minit, cucuk bahagian tengahnya dengan lidi. Jika lidi bersih bermakna puding telah masak jika sebaliknya kukus sebentar lagi.
  3. Enak dihidangkan sejuk tapi mcik terus ngapp tak sabar rasanya hu..hu...


2 comments:

  1. as-salam
    wah sedapnya,mkn sejuk2 sedap ni nasya..

    ReplyDelete