Anak-anakku

Loading...

Saturday, February 16, 2013

Bihun goreng belacan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 keping bihun (bukan 1 paket ye)
  • 400 gm isi ayam
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1/2 tbsp bawang putih kisar
  • 1 tbsp cili kisar
  • 1 tsp serbuk belacan bakar
  • 1 tbsp sos tomato
  • 1 tbsp sos cili
  • kicap cair secukup rasa
  • garam 
  • secukupnya air untuk merebus ayam
  • minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang hiris dan juga bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan juga sedikit air. Masak sehingga ayam empuk. 
  3. Tambahkan bihun yang telah direndam, sos-sos, serbuk belacan dan juga kicap cair. Gaul rata. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  4. Setelah agak sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama cili potong dan limau kasturi.


No comments:

Post a Comment