Monday, December 31, 2012

MALAIKAT MENJAGA RASULULLAH SAW

ALLAH SWT memberikan tugas kepada sekelompok malaikat untuk menjaga keselamatan Nabi SAW daripada gangguan musuh-musuhnya. Kitab-kitab hadith banyak menceritakan kisah-kisah tentang malaikat yang menjaga Nabi tersebut.
Umpamanya Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah tentang kisah Abu Jahal yang merancang hendak mencelakakan Rasulullah SAW apabila dilihatnya sedang bersembahyang.
Berkata Abu Jahal kepada temannya :"Adakah engkau lihat Muhammad bersembahyang?"
Seseorang temannya menjawab :"Ya."
Berkata Abu Jahal :"Demi Lata dan Uzza. Sekiranya aku melihat dia berbuat begitu, nescaya akan ku cekik tengkuknya atau menolak mukanya ke tanah."
Maka pada suatu hari Abu Jahal pun datang kepada Rasulullah SAW yang sedang bersembahyang dan bertekad untuk menginjak tengkuk baginda. Tapi sayang setiap kali maju untuk melaksanakan niat jahatnya, ia mundur ke belakang.
Teman-temannya bertanya :"Apahal kamun nampak macam takut sangat?" Abu Jahal menjawab :"Saya lihat di antaraku dan Muhammad terdapat parit api yang banyak, sesuatu yang menakutkan dan banyak sayap."
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :"Jika dia berani mendekati padaku, malaikat akan menyambarnya anggota demi anggota."

Friday, December 21, 2012

JIBRIL MENOLONG SEORANG PEREMPUAN

RASULULLAH SAW bersabda :" Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan dan sedekah itu ada empat macam pembalasannya :

  1. Satu sedekah dibalas dengan 10 kali ganda
  2. Satu sedekah dibalas dengan 70 kali ganda
  3. Satu sedekah dibalas dengan 700 kali ganda
  4. Satu sedekah dibalas dengan 1000 kali ganda

JIBRIL MENJELASKAN TENTANG SUNGAI DI SYURGA

DIRIWAYATKAN bahawa Nabi SAW telah bersabda :
"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Thursday, December 20, 2012

JIBRIL MEMBERI PERINGATAN KEPADA NABI YUSUF AS

FIRMAN ALLAH SWT :
"Dan bersama dengan Yusuf masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda."
                                                                                                             (Yusuf : 36)
Dua orang yang masuk ke dalam penjara tersebut ialah tukang beri minum raja dan tukang masak raja. Sedangkan ketika itu yang menjadi raja iaitu "Royyaan".
Sebab dimasukkan kedua orang pemuda ke dalam penjara adalah kerana kedua pemuda tersebut telah menerima rasuah daripada raja Rom, dengan tugas memberi racun dalam makanan dan minuman raja Royyaan.