Anak-anakku

Loading...

Sunday, April 28, 2013

Mi cintan goreng

 BAHAN-BAHAN :

  • 4 keping mi cintan (direbus lembut)
  • 1 paket itik panggang berempah (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (potong baji)
  • 1 ikat kangkung (potong pendek)
  • 1/2 batang karot (potong mancis)
  • 1 tangkai cili merah (hiris)
  • 6 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 tbsp cili kisar
  • sos tiram dan kicap manis secukup rasa
  • minyak untuk menumis

 CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga hilang bau cili.
  2. Tambahkan karot, kangkung, mi dan juga bahan lain. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan bahan sos. Jika suka mi yang agak basah tambahkan sedikit air.
  4. Rasa dahulu. Tambahkan garam hanya jika perlu kerana sos tiram sudah masin. Setelah sebati sedia dihidangkan bersama cili potong dan juga perahan limau kasturi.


6 comments:

  1. assalamualaikum nasya...
    suka la tengok mee goreng ketak2 camni.. leper gitu.. ni nasya guna mee yang kering tu ek? yg takde pek dengan perisa dia tu kan... itik panggang berempah? kat mana dapat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih laa Nani sudi singgah umah kita...kita mmg selalu ada stok mi kering...yang ketak2 tuu. itik lakk kita beli kat giant (fully cook) dlm paket.

      Delete
  2. kak nasya teringat zila kalau mi cintan ni kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  3. as-salam
    makcik sungguh menyelerakanlah tgk mi cintan goreng mak cik ni..blh buat untuk bf..itik panggang kat sini tak jual..blh letak ayam kannnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm pakcik....lamanya xdgr kabar pakcik...hu..hu...kalau pakcik nak letak ayam pun boley, asal jgn letak makcik dah laa...hu..hu...(itik tu makcik ternak kat giant)^-^

      Delete