Saturday, November 26, 2011

MASAK LEMAK KOBIS DAN KUCAI



BAHAN-BAHAN :
1 biji kobis saiz kecil (dihiris ksar)
1 ikat daun kucai (dipotong 3 cm)
1/2 kg santan
1 mangkuk kecil isi udang
1 biji cili merah (dihiris)
DIKISAR :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb udang kering
CARA-CARA :
Jerang santan dan bahan kisar hingga mendidih.

Kemudian masukkan kobis dan juga udang. Masak hingga kobis layu.

Kacau rata dan biarkan mendidih.

Tambahkan kucai dan juga cili hiris. Jangan lupa untuk memasukkan garam secukup rasa.

Setelah sayur agak layu bolehlah

diangkat dan dihidangkan.

Friday, November 25, 2011

MASAM MANIS IKAN AYA (TONGKOL)



BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan aya saiz kecil (dikukus bersama asam dan garam kemudian digoreng)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 sdb cili boh
2 sdb sos tomato
kicap manis cap kipas udang secukupnya
garam dan gula secukup rasa
air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.

Masukkan cili boh dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.

Seperti ini. Bolehlah masukkan garam dan juga gula pada langkah ini.

Kemudian masukkan ikan dan juga bawang besar hiris. Kacau rata.

Sebelum memasukkan kicap manis rasa dahulu. Jika perlu bolehlah tambahkan sedikit air. Masak lagi hingga kuah bersalut.

Bolehlah dimatikan api.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas atau nasi lemak.

Thursday, November 24, 2011

Keli bersiram kerabu mangga



BAHAN-BAHAN :
4 biji mangga muda
segenggam cili api
3 biji bawang besar
segenggam tomato ceri
2 pokok ketumbar (ambil daun dan batangnya-simpan akar untuk membuat tomyam)
sos ikan dan gula secukup rasa
jus limau nipis (jika suka lebih masam)
3 ekor ikan keli (diberi garam kunyit dan disalut sedikit tepung jagung supaya ikan tidak meletup-letup semasa menggoreng)
CARA-CARA :
Hiris atau sagat mangga seperti ini.

Bawang dan cili dihiris halus. Tomato dipotong 4 manakala daun ketumbar dihiris kasar-kasar.

Gaulkan mangga dan bahan kerabu rata-rata. Masukkan sos ikan dan juga gula secukup rasa. Ketepikan.

Sementara itu goreng ikan keli di dalam minyak panas hingga garing. 

Angkat. Curahkan kerabu mangga setelah anda sedia untuk menikmatinya.

Jika suka lebih masam, perahkan sedikit limau nipis mengikut selera.

SAYUR LABU AIR




BAHAN-BAHAN :
1 biji labu air saiz kecil (dibuang kulit, potong empat dan hiris kecil)
2 ekor ikan kembung (direbus dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb lada hitam
air secukupnya
sedikit garam dan gula

CARA-CARA :
Tumbuk isi ikan bersama bawang dan juga lada hitam.

Jerang air secukupnya di dalam periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi.

Renih di atas api yang sederhana sehingga menggelegak.

Masukkan labu yang telah dipotong. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa. Masak sehingga labu empuk .

Seperti ini. Jika suka anda boleh memasukkan sedikit budu untuk rasa yang lebih ummphh.
Bolehlah dimatikan api.

Enak dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Sayur ini juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.

Wednesday, November 23, 2011

KISAH NABI MUSA DENGAN MALAIKAT JIBRIL DAN MIKAIL BERUPA BURUNG

Pada suatu hari Nabi Musa telah keluar berjalan-jalan dengan ditemani oleh Yusa' bin Nun, tiba-tiba seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa as berkata :

Dalca daging




BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan kacang dal (direndam semalaman dan direbus)
400 gm daging tetel (direbus bersama dal, masukkan 1 sudu besi untuk mempercepatkan daging empuk)
3 sdb serbuk kari baba
1 sdb serbuk cili
sedikit rempah tumis empat sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
2 tangkai daun kari (jika ada)
1/2 kilo santan
1 biji buah kelo @ murunggai (disiat kulit luar dan dipotong 3 cm)
1 batang karot (potong panjang)
3 biji kentang (potong 4)
8 biji terung ulam (belah 2)
2 biji cili merah (buang biji, belah 2)
1 keping asam gelugur
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya
DIKISAR :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia tua
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan kisar hingga garing dan harum. 

Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama serbuk cili dan sedikit air.

Kacau rata dan masukkan 1 sdk garam pada langkah ini.

Tunggu hingga rempah terbit minyak kemudian

tuangkan ke dalam periuk yang berisi daging dan dal yang telah empuk.

Masukkan santan, kentang dan juga karot. Tunggu hingga santan cair. (Jika menggunakan santan biasa, tunggu hingga sayur empuk baru dimasukkan santan)

Setelah sayur agak empuk dan santan terbit minyak, bolehlah dimasukkan asam gelugur, buah kelo, terung dan cili merah. Jangan lupa untuk memasukkan bahan perasa.

Setelah gulai sebati dan cukup semua rasa bolehlah dimatikan api.

Enak dimakan bersama nasi panas dan ikan pekasam goreng atau dicicah bersama roti.

Tuesday, November 22, 2011

Tumis kacang india dan udang kering



BAHAN-BAHAN :
1 paket kacang india @ avarakai (disiang dan dipotong serong)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sdb udang kering (dicuci dan ditoskan)
sedikit sos tiram
sedikit garam jika perlu
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Tumbuk bahan untuk bumbu kasar-kasar. Sementara itu, sediakan minyak yang secukupnya untuk menumis di dalam kuali.

Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi dan garing. Kemudian,

tambahkan secukupnya sos tiram dan 

gaul rata.

Akhir sekali tambahkan kacang dan masak lagi hingga sayur layu tetapi masih rangup. Rasa apa yang kurang, jika perlu barulah dimasukkan sedikit garam.

Siap untuk dihidangkan.