Thursday, November 24, 2011

SAYUR LABU AIR




BAHAN-BAHAN :
1 biji labu air saiz kecil (dibuang kulit, potong empat dan hiris kecil)
2 ekor ikan kembung (direbus dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb lada hitam
air secukupnya
sedikit garam dan gula

CARA-CARA :
Tumbuk isi ikan bersama bawang dan juga lada hitam.

Jerang air secukupnya di dalam periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi.

Renih di atas api yang sederhana sehingga menggelegak.

Masukkan labu yang telah dipotong. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa. Masak sehingga labu empuk .

Seperti ini. Jika suka anda boleh memasukkan sedikit budu untuk rasa yang lebih ummphh.
Bolehlah dimatikan api.

Enak dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Sayur ini juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.

2 comments:

  1. Oo kene tambah budu ey..1st time dengar..nak try buat mlm ni..hehe..tengkiu untuk rasepi

    ReplyDelete