Dikisahkan bahawa 'Aad mempunyai dua orang putera, yang pertama bernama Syadid dan yang kedua bernama Syadad. Syadad adalah seorang yang suka membaca kitab. Pada suatu ketika ia membaca tentang sifat-sifat syurga, kemudian ia berkata dalam hatinya: "Pada suatu saat nanti aku akan membuat di permukaan bumi ini suatu syurga seperti yang dijelaskan dalam kitab ini."
Pada masa itu seluruh kerajaan berada pada kekuasaannya. Lalu ia mengajak raja-raja bawahannya untuk bermesyuarat dan berkata pada mereka: "Aku akan membangun syurga seperti yang difirmankan ALLAH dalam kitab-kitab Nya. Mereka menjawab: "Hal itu terserah kepada tuan hamba, kerajaan ini kepunyaan tuan hamba."
Kemudian ia memerintahkan agar dikumpulkan semua emas dan perak dari timur hingga ke barat. Setelah itu ia berkata: "Bangunkanlah untukku syurga dalam masa tiga ratus tahun." Maka berkumpullah segala macam bentuk tukang bangunan. Maka dipilihlah tiga ratus di antara mereka. Setiap seorang dari tukang tersebut memimpin sebanyak seribu anak buah.
Mereka mengelilingi bumi selama sepuluh tahun, akhirnya mereka menemukan suatu tempat yang paling baik. Ada pokok-pokok, sungai-sungai. Maka mereka pun mulai membangun syurga yang dirancangkan itu satu parsakh demi satu parsakh. Satu parsakh daripada emas dan satu parsakh daripada perak. Setelah mereka anggap semuanya telah sempurna, lalu mereka alirkan sungai-sungai, mereka dirikan pokok-pokok yang batangnya terbuat daripada perak, cabang dan rantingnya terbuat dari emas. Dan mereka bangunkan istana-istana dari mirah delima, dengan dihiasi berbagai permata seperti intan, berlian dan lain-lain. Kemudian mereka sirami dengan minyak yang paling wangi. Setelah itu baru mereka memberitahukannya kepada Syadad.
Syadad pun bersiap-siap untuk ke sana. Keberangkatan mereka itu selama sepuluh tahun perjalanan. Untuk mewujudkan keinginan Syadad tersebut, raja-raja dan pembantunya telah mengambil emas dan perak dari rakyat dengan cara paksaan. Sehingga tidak tertinggal sedikit pun emas dan perak daripada rakyatnya, melainkan yang masih ada pada leher seorang anak, yang beratnya kira-kira satu dirham.
Ketika mereka ingin merampasnya, maka anak itu berkata: "Janganlah tuan ambil emasku ini." Akan tetapi mereka berusaha untuk mengambilnya, dan mereka berkata: "Kami diperintahkan oleh aja untuk mengambilnya." Lalu emas yang sedikit itu mereka paksa mengambilnya daripada leher anak kecil itu.
Maka anak tersebut mengangkat tangan, sambil berdoa: "Wahai Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui tentang apa yang telah dilakukan oleh orang yang zalim ini terhadap hambamu yang lemah. Maka tolonglah kami, wahai Zat yang menolong kepada orang-orang yang meminta pertolongan."
Semua malaikat mengaminkan doa anak tersebut. Kemudian ALLAH SWT mengutus Jibril as. Ketika itu rombongan Syadad telah sampai dekat syurga yang mereka buat. Akan tetapi tiba-tiba Jibril memekik dengan suara yang sangat keras dari atas langit. Maka dalam masa yang singkat mereka semuanya mati, sebelum sempat memasuki syurga tersebut. Firman ALLAH SWT bermaksud:
"Dan berapa ramai telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorang pun daripada mereka atau kamu dengar suara mereka samar-samar?"
(Maryam-98)
Assallamualaikum Nasya. Harap sihat walafiat yer.. Tq share cerita ni. Bg kita peringatan jangan sesekali menginaya anak2 kecil kan sbb doa mereka senang sampai pada Allah SWT..
ReplyDeleteBetul tu Naz..budak2 xde dosa.Doa depa xde hijab ngan ALLAH TAALA. Kita yang tua nie doa bersimpang siur baru sampai..tu pun kalau doa tu xsesat..ha..ha..ha..
ReplyDelete