Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niatmu di dalamnya."
Hadith dari Usamah ra:"Aku berkata; Ya Rasulullah SAW aku tidak pernah melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan-bulan ini seperti puasa dalam bulan Syaaban." Sabda Rasulullah SAW :"Wahai Usamah, itu adalah satu bulan yang kebiasaannya manusia lengah darinya antara Rejab dan Ramadan. Syaaban adalah satu bulan yang di dalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan seru sekalian alam, maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan puasa."
Dikatakan bahawa sesungguhnya malaikat-malaikat di langit memiliki dua malam hari raya, sebagaimana orang-orang islam di bumi memiliki dua hari raya. Hari raya bagi para malaikat ialah pada malam Bara'ah iaitu malam nisfu Syaaban dan malam lailatul qadar, dan raya bagi orang-orang islam di bumi ialah pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
As-Subki dalam tafsirnya menyatakan :"Sesungguhnya malam nisfu Syaaban itu menutup dosa-dosa setahun, malam jumaat menutup dosa seminggu dan malam lailatul qadar menutupkan dosa seumur hidup."
No comments:
Post a Comment