Anak-anakku

Loading...

Friday, May 6, 2011

TANDA PERTAMA MENJELANG KEMATIAN

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya selepas waktu Asar.
     Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan- akan menggigil. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
     Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

No comments:

Post a Comment