Saturday, May 14, 2011

KHASIAT DAN KELEBIHAN SUSU IBU

  1. Susu awal dinamakan kolostrum dan ianya berwarna kuning sewaktu mula-mula bayi dilahirkan. Protein yang terkandung tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa.
  2. Ia mengandungi antibodi yang tinggi melebihi sel darah putih.
  3. Kolostrum bertindak sebagai imunisasi awal dan semua ibu digalakkan kerap menyusu anak mereka saat awal kelahiran.
  4. Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit, selsema dan radang paru-paru.
  5. Susu ibu mengandungi zat makanan dan vitamin yang sesuai dan mencukupi khusus untuk bayi mereka. Ia juga berubah mengikut keperluan bayi membesar. Apa yang istimewa, susu formula tidak dapat disamakan dengan susu ibu sehingga hari ini.
  6. Susu ibu mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
  7. Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Ia mengandungi antibodi yang mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
  8. Masalah bayi kembung perut boleh diatasi dengan memberi susu ibu. Ini kerana terdapat bahan yang dinamakan Bifidus faktor membantu bakteria Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan cirit-birit.
  9. Susu ibu berjaya menentang  jangkitan penyakit biasa seperti lelah, ekzema dan sembelit.
  10. Susu ibu mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan IQ bayi yang mendapat susu ibu mampu mencecah tahap 7 hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
  11. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa elok walaupun bayi tidak menyusu selama beberapa hari. Sebaliknya susu tepung akan masam dan rosak selepas beberapa jam.

No comments:

Post a Comment