Anak-anakku

Loading...

Thursday, March 3, 2011

laksa utara


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 paket laksa kering (rendam semalaman dan dikukus)
  • 1/2 kilo ikan selayang ( direbus bersama asam gelugur dan garam,kisar)
  • 1 tin besar ikan sardin (dikisar bersama kuahnya)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 cm belacan (dikisar)
  • 2 sdb cili boh
  • 3 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • segenggam daun kesum
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • asam gelugur
  • serbuk perasa jika perlu                                                
  • BAHAN ULAM-ULAMAN :-)
  • timun (dipotong sebesar batang mancis)
  • daun salad (dihiris)
  • daun ulam raja (dihiris halus)
  • bawang merah besar (dihiris)
  • cili api (dipotong kecil-kecil)
  • limau nipis (dipotong)
  • telur rebus secukupnya 
  • petis udang
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Masukkan semua bahan untuk kuah ke dalam periuk.Didihkan di atas api yang sederhana.Masak hingga kuah mendidih dan sebati.Rasakan asam dan garamnya.
    2. Untuk menghidang,masukkan laksa ke dalam pinggan letakkan kuah dan bolehlah ditabur dengan bahan-bahan ulaman.Enak dimakan bersama petis udang. 

No comments:

Post a Comment