Sunday, September 9, 2012

Biasa-biasa je

Daging bersama brokoli bersos tiram
Masak cara simple aje, Nasya tumis bawang putih ngan sos tiram lepas tu tambah la daging yang telah direbus empuk, campak brokoli..kacau sekejap..dah siap! garam pun x letak sebab sos tiram dah masin.
Kaeng som ikan bersama nanas. Masa balik kg hari tu beli rempah basah kat brader pattani di TEMAN (TERMINAL MAKANAN NASIONAL) di KB.
Boleh tahan gak sedap rempah dia.
Ayam masak lemak cili api ngan belimbing buluh
Udang masak manis...resepi akan menyusul
Beleda a.k.a. lengkong. Petua Nasya 5 gm agar2 tali bersamaan dengan 1 cawan air.
Insyaallah sedang elok.

Mstr muscle dah 5 bulan.....

Baby Izz dah masuk 5 bulan 14 Ogos hari tu...berat pun dah bertambah-tambah dah. Timbang itu hari 7.05 kg...kuss semangat...dah pandai pusing badan n pantang tengok orang pegang makanan..terliur !!!

Saturday, September 8, 2012

Biasa-biasa aje.....

Lauk ni masak dah lama tapi xmenyempat nak update..biasa lerrr semenjak dua menjak nie. Jadi kita layan gambo-gambo la ye buat cuci mata..
Ayam masak lemak bersama labu dan daun selasih, sedap makan bersama ikan masin dan sambal belacan.
Daging masak merah tapi kali ni xletak pewarna..asli giteww
Sotong goreng bersama petai
Kacang panjang goreng belacan
Kuih talam
Ee mi goreng
Megi asam laksa..letak cili api banyak2 lepas tu, tuang sardin setin. Masukkan kuah dia sekali. Sebelum mencekik jangan lupa perah limau kasturi..wallaa...

Friday, September 7, 2012

Tuesday, August 14, 2012

Jom balik raya....


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Nasya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  buat semua teman-teman dan pengunjung dapur Nasya. Ampun dan Maaf sekiranya ada tersalah kata dan terkasar bahasa......Selamat menyambut Aidilfitri dan semoga kita bertemu lagi..Insyaallah
                          

Saturday, July 21, 2012

Baby Izz 4 bulan sudah....

Baby Izz sekarang dah 6.5 kg. Hari tu masa 3 bulan baru 5.85 kg. Mak aii senget-senget laa bahu ibu nak dokong. La dah pandai lompat ngan meniarap. Start pandai masa 3 bulan 1/2 hari tu. (27/6/12)

Sunday, July 8, 2012

Kuih kaswi resepi Kak Iba

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 5 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 sdb air kapur
  • secukupnya kelapa muda parut yang digaul dengan garam.
CARA :

  1. Semua bahan dikisar kecuali kelapa.
  2. Tapis ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan dialas plastik.
  3. Kukus hingga masak.
  4. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum digaul bersama kelapa.
  5. Sesuai dihidangkan untuk minum petang.

Saturday, June 30, 2012

Masak lemak bayam

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat bayam merah
  • 1 ikat bayam hijau
  • 15 ekor udang 
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • sedikit belacan bakar
  • 1 tangkai cili merah (hiris kasar)
  • 1/2 kg santan
  • garam dan gula secukup rasa
CARA :

  1. Jerang santan bersama bahan lain kecuali bayam hingga mendidih. Kemudian masukkan bayam dan bahan perasa.
  2. Masak sehingga bayam layu. Sedia diangkat dan dihidangkan bersama ikan goreng, nasi panas dan sambal belacan.....

Sotong goreng kunyit

BAHAN-BAHAN :

  • 8 ekor sotong yang bertelur
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sdb halia kisar
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 paket snap peas
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia kisar hingga garing.
  2. Masukkan sotong dan masak hingga air sotong kering. Tambahkan serbuk kunyit,bahan hiris, garam dan juga snap peas.
  3. Sedia dihidangkan panas-panas.

Friday, June 29, 2012

Sup daging ringkas

 BAHAN-BAHAN :
400 g daging
1 bungkus rempah sup tulang
1 1/2 sdb halia kisar
1 1/2 sdb bawang merah kisar
1/2 sdb bawang putih kisar
1 sdk lada hitam (diketuk)
4 gelas air
1 batang karot
3 biji kentang
daun sup & daun bawang
jus limau kasturi secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit bau.
Kemudian tuangkan air, tambahkan daging dan masukkan juga sup bunjut.
Biarkan mendidih.
Masak sehingga daging lembut.
Setelah itu masukkan juga ubi kentang dan lobak merah yang telah dihiris.
Tambahkan lada hitam dan masak sehingga kentang empuk.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Sebelum dihidangkan taburkan daun sup dan daun bawang.
Jika suka bolehlah diperahkan jus limau kasturi mengikut citarasa.

Ikan gerut 3 rasa

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ekor ikan gerut (disapu garam kunyit dan digoreng)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sdb halia kisar
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 genggam cili api (ditumbuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 batang bunga kantan (dimayang halus)
  • 1 biji tomato (dipotong baji)
  • secukupnya sos ikan
  • 2 sdb sos cili thai
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, serai, bawang besar, halia kisar dan cili api hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan sos cili thai, bunga kantan dan juga tomato. Tambahkan sos ikan dan juga sedikit air. Sebatikan rasanya.
  3. Setelah tomato agak lembut bolehlah dimatikan api.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.



Sunday, June 24, 2012

Isteri...ibu....dan apam dot..dot...dot....

Masak apam sebab dok meroyan guna TRIO STEAMER baru....tapi...daku keciiiiwaaaa,
apam ku bantat dan kekejangan....nape agaknya ekkkk..
tapi apam mamaSya elok n gebussss jerr.
Mmmmm nampak sesangat xreti masakkk he..he..he..


Tembam ku dah 3 bulan...

Gambar2 Izz genap 3 bulan masa 14 Jun  hari tu..lambat upload..




Friday, June 22, 2012

IMAM AHMAD MENGUSIR JIN

Dalam kitab yang disusun oleh Imam Ahmad dan para sahabat dari Ali bin Ahmad bin Ali Akbari, ia berkata, "Ayahku bercerita kepadaku bahawa datukku berkata,

Thursday, June 21, 2012

Kekasihku dan Ghaddar...

Assalamualaikum...apa khabar rakan-rakan yang dikasihi..semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH hendaknya. Gambar ni dah lama sebenarnya..lepas Kelate menang piala FA itu hari, pakcik Ghaddar nie terus pecut 100 meter gi airport pasai nak balik kg kat Beirut nun. Kebetulan kekasih hati buat flight tu makanya dapat laa beramah mesra ngan Ghaddar nie. Orangnya humble dan soft spoken..cayalahh

Wednesday, June 13, 2012

Cokodok labu

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan labu kuning yang telah dikukus dan dilecek
  • 1 biji telur
  • tepung gandum secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sdk serbuk penaik
  • minyak untuk menggoreng terendam
CARA :

  1. Adun semua bahan di dalam mangkuk. 
  2. Perap selama 20 minit.
  3. Panaskan minyak dan jemput adunan menggunakan hujung jari.
  4. Goreng sehingga keemasan.
  5. Enak dihidangkan bersama secawan kopi o pekat.




Telur goreng lobak asin

BAHAN-BAHAN :

  • 4 biji telur
  • lobak asin secukupnya (didadu dan direndam seketika)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • sedikit serbuk perasa
  • minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan cili hingga garing, masukkan lobak asin dan telur.
  2. Tunggu hingga telur berketul kemudian gaul rata. Tambahkan sedikit bahan perasa.
  3. Setelah telur agak garing bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.



Sup udang dan cendawan

BAHAN-BAHAN :
  • 1 mangkuk kecil udang sederhana
  • 250 gm cendawan tiram
  • 10 biji bebola ikan bersayur
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa
  • air secukupnya untuk kuah
  • minyak untuk menumis
CARA :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan halia hingga harum.
  2. Masukkan udang, bebola ikan dan air secukupnya.
  3. Biarkan mendidih. Masukkan cendawan, bahan perasa dan cili hiris.
  4. Setelah cendawan agak layu bolehlah diangkat.
  5. Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.