Wednesday, May 29, 2019

Tumis peria bertauhu

BAHAN-BAHAN :
1/2 biji peria saiz sederhana (potong nipis)
1 biji tauhu (dadu kecil, goreng berkulit)
1 biji telur
1/2 biji bawang holland saiz kecil (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 Tbsp sos tiram
sedikit minyak
garam bukit/gula (jika perlu)


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang cincang sehingga garing dan terbit bau.
Kemudian pecahkan telur dan kacau sehingga berketul.
Masukkan peria, sambal cili bawang dan juga sos tiram.
Masak sehingga peria empuk.
Tambahkan tauhu yang telah digoreng, gaul rata.
Masukkan garam @ gula hanya jika perlu kerana sos tiram dan sambal cili sudah mengandungi garam. Setelah agak sebati bolehlah dimatikan api.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

2 comments:

  1. salam sis, sedapnya peria bertauhu! first time datang sini n done follow u..banyak resepi best-best kat blog ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak sis sudi singgah sini...salam ukhwah dari akak :)

      Delete