Anak-anakku

Loading...

Sunday, January 7, 2018

Mi kering goreng

 BAHAN-BAHAN :
2 keping mi cintan (celur & toskan)
sedikit isi ayam (dadu)
sedikit sayur kangkung
sedikit kobis
1 biji tomato (belah 6)
1 tsp cili boh
1 tsp sos tiram
100ml air
sedikit kicap pekat
1 tsp kicap manis 
garam bukit
1 Tbsp minyak

BAHAN TUMBUK :
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar sederhana
1 tangkai cili api

CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk dan cili boh sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan kacau rata.
Tuangkan air dan masak sehingga ayam kecut.
Tambahkan kobis dan kangkung.
Masukkan juga sos tiram.
Masak lagi sehingga kobis lembut.
Kemudian masukkan mi, kicap dan juga sedikit garam.
Gaul sebati.
Sebelum diangkat masukkan tomato.
Kacau sebentar dan sedia dihidangkan bersama cili potong.


No comments:

Post a Comment