Anak-anakku

Loading...

Saturday, June 25, 2011

Bihun kari

BAHAN-BAHAN :

  • Bihun secukupnya (dicelur air panas dan ditoskan)
  • 2 rangka ayam (direbus bersama air untuk kuah)
  • 5 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia (ditumbuk)
  • sedikit rempah tumis
  • 1 sdb serbuk cili +  4 sdb serbuk kari (jadikan pes)
  • 400 gm isi kerang
  • 400 gm udang
  • 1 bungkus kecil bebola ikan
  • 2 keping fucuk (patahkan)
  • taupok secukupnya
  • santan secukupnya
  • sedikit asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • sayur pak choy (dicelur)
  • tauge, d.sup, d.bawang
  • telur rebus
  • 2 ketul tauhu goreng (hiris nipis)
  • limau nipis dan sedikit sambal belacan goreng jika suka
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Tumiskan bahan tumbuk bersama rempah tumis hingga wangi. Masukkan pes kari yang telah dicampurkan bersama serbuk cili, masak hingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk berisi tulang ayam. Tambahkan kerang, udang, bebola ikan dan fucuk tauhu. Biarkan mendidih, kemudian tuangkan santan dan jangan lupa untuk memasukkan taupok. Setelah itu, masukkan asam keping dan juga garam secukup rasa.
  • Kacau rata. Sedia dihidangkan bersama bihun dan bahan-bahan sampingan.

3 comments:

  1. Waaaaa..nampak lagi dapur itu sebelum nampak bihun kari... Nak ..nak..Lapor lak tgk makanan malam2 buta ni..hehehe..

    ReplyDelete
  2. lapar lah tgok mee hoon kari tu...nk sikit.

    ReplyDelete
  3. waaaa mama ngan naz nie..segan laa..sebonarnyo bihun tu dah jadik zat dah. Buek minggu lopas tapi malas nak updte pasai ada meroyan sikit he..he...

    ReplyDelete