Friday, May 26, 2017

Air lemon panas...bagus untuk pesakit KANSER


BAHAN-BAHAN :
1/2 biji lemon
500 ml air beralkali

CARA-CARA :
Basuh lemon bersih-bersih.
Hiris nipis-nipis dan masukkan ke dalam jug.
Tuangkan air mendidih.
Sedia dihidangkan.
(Jika tidak suka dengan rasa pahit boleh dicampurkan bersama sedikit madu asli)

Ikan bawal goreng pedas

  
 BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal (digaram kunyit, goreng)
2 Tbsp sos tiram Nona
2 Tbsp sos tomato Kimball
2 Tbsp sos cili Kimball
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili hijau (hiris)
1 tbsp minyak untuk menumis
sedikit air
garam/gula

DIKISAR :
10 tangkai cili kering rebus
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

 CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan sos-sos dan juga sedikit air.
Kacau rata.
Kemudian masukkan pula bawang dan cili hiris.
Masukkan ikan dan perasakan. (Rasa dahulu sebelum memasukkan garam)
Masak sehingga kuah pekat.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

Wednesday, May 17, 2017

Ayam kunyit

 BAHAN-BAHAN :
500g ayam kampung @ ayam organik Az-Zain
1 Tbsp serbuk kunyit Baba's
2 tsp serbuk kari daging
garam laut @ garam bukit secukup rasa
1 tsp minyak

CARA-CARA :
Ayam dibuang kulit dan lemak.
Potong kecil.
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan juga sedikit garam.
Ketepikan selama 20 minit.
Sebelum dimasukkan ke dalam air fryer, lumurkan ayam dengan minyak supaya tidak melekat.
Masak dengan suhu 170'c selama 15-20 minit.
Sedia dihidangkan.

Jus epal dan celery

 BAHAN-BAHAN :
1 biji epal hijau (buang tangkai)
1 batang celery 
500 ml air mineral beralkali

CARA-CARA :
Hiris nipis epal dan celery.
Kisar bersama biji epal, celery dan air sehingga hancur.
Tapis dan sedia dihidangkan.

Tuesday, May 16, 2017

Bening betik mengkal

  
 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji betik separuh masak (saiz kecil)
1/2 jug blender air
1 tbsp ikan bilis
1/2 labu bawang besar (hiris)
segenggam daun selasih
1/2 tangkai cili merah
garam laut @ garam bukit secukup rasa

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar (saiz kecil)
1/2 tsp lada hitam

CARA-CARA :
Potong panjang betik dan hiris nipis setebal 1 cm.
Jerangkan air bersama bahan tumbuk, ikan bilis dan juga betik.
Masukkan bawang hiris dan masak lagi sehingga betik lembut.
Tambahkan cili hiris, daun selasih dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

Ayam gulai kuning

 BAHAN-BAHAN :
5 ketul daging ayam
2 batang serai (ketuk)
2 helai daun limau purut (carik)
1 keping asam gelugur
1 kotak santan KARA
2 gelas air
garam laut @ garam bukit secukup rasa

DIKISAR :
1 labu bawang besar (sederhana)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm kunyit hidup

CARA-CARA :
Masukkan ayam ke dalam periuk bersama dengan serai dan bahan kisar.
Tuangkan air dan 1/2 kotak santan.
Didihkan.
Kacau selalu.
Kemudian masukkan asam gelugur, baki santan dan daun limau purut.
Masak lagi sehingga daging ayam empuk. 
Sebelum di matikan api, masukkan garam secukup rasa.
Pastikan garam dimasukkan akhir sekali supaya tidak menjadi racun di dalam badan.
Sedia dinikmati.

Ayat Al-Quran penawar kanser


Assalamualaikum sahabat yang dikasihi semua. Mohon maaf dari saya kerana sudah lama tidak update blog yang amat saya sayangi ini. Hari ini adalah hari ke 8 pembedahan saya.
Sebenarnya sejak disahkan menghidap kanser payudara tahap 2, perasaan malas mula menyelubungi diri walaupun rutin harian saya sama seperti biasa.
Saya tetap memasak untuk menu saya dan juga memasak untuk orang-orang di sekeliling saya.
Tiada apa yang berubah dengan kehidupan saya. Sebenarnya saya amat bersyukur kerana ALLAH SWT telah memilih saya. DIA telah memberikan saya SIGNAL di atas segala kealpaan saya, PERINGATAN untuk saya menukar cara hidup saya ke arah yang lebih baik. ALHAMDULILLAH. Dengan izinnya saya masih di sini, sedang menaip entri ini heheeee.
Saya tidak bercadang untuk melakukan KEMOTERAPI kerana saya percaya ubat yang paling mujarab adalah DOA dan juga mengamalkan cara hidup yang sihat. Tidak boleh berada dalam keadaan STRESS dan juga mengamalkan pemakanan sihat. Makan dan minum dari bahan yang bersifat ALKALI kerana sel kanser tidak boleh hidup dalam persekitaran ini.
BERSENAM supaya badan lebih banyak menerima OKSIGEN.
Jangan lupa untuk mengambil SUPPLEMEN terutamanya untuk anti kanser.
Paling penting BANYAKKAN BERDOA & MEMBACA AL-QURAN supaya jiwa kita lebih tenang.
Akhir kata jumpa lagi di entri yang akan datang...MOHON DOA DARI SEMUA...terima kasih.

Tuesday, May 2, 2017

Kerabu sarai @ kerabu rumpai laut

 
 BAHAN-BAHAN :
2 genggam sarai (rendam, cuci bersih)
jus limau kasturi secukup rasa
hirisan bunga kantan (jika ada)
tumis budu secukupnya
sambal ikan secukupnya
hirisan cili api (jika suka pedas)
garam/gula jika perlu

CARA-CARA :
Sediakan sedikit air suam-suam kuku.
Celupkan sarai yang telah dicuci bersih dan terus tos.
Masukkan sarai ke dalam pinggan hidang.
Taburkan sambal ikan dan juga bunga kantan.
Curahkan sedikit tumis budu dan perah limau kasturi secukupnya.
Gaul kerabu sarai, jika kurang manis@ masin barulah ditambahkan perasa.
Kerabu sarai mestilah mempunyai rasa masam-masam manis.

**Sarai @ rumpai laut senang didapati di pasar-pasar di Kelantan**

Sambal ikan nasi kerabu

BAHAN-BAHAN :
2 genggam kelapa parut putih
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 ekor ikan kembung (bakar tanpa garam)
garam/gula

CARA-CARA :
Sangai kelapa bersama bawang sehingga kekuningan.
Tumbuk lumat bersama ikan bakar.
Perasakan secukupnya.
Sedia dimakan bersama nasi kerabu.

**Sangai = goreng tanpa minyak **

Tumis budu nasi kerabu

BAHAN-BAHAN :
10 tangkai cili kering (rebus, kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
2 batang serai (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 1/2 C santan
1 keping asam gelugur
2 Tbsp budu
garam/gula 

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Masak di atas api perlahan sehingga terbit minyak dan pekat.
Perasakan secukupnya.
Sedia dinikmati bersama nasi kerabu @ boleh juga jika dicicah bersama ulaman.

Monday, May 1, 2017

Kuci daging tetel

 BAHAN-BAHAN :
300g daging tetel (hiris & rebus empuk)
5 tangkai kacang panjang (potong 3cm)
1 C air rebusan daging
air asam jawa secukup rasa
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
7 tangkai cili api
3 tangkai cili kering rebus
1 hiris nipis kunyit
1/2 labu bawang besar sederhana
2 ulas bawang putih

CARA-CARA :
 Panaskan secukupnya minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan daging dan air rebusan.
Renihkan sehingga pekat.
Kemudian masukkan kacang panjang, air asam jawa dan garam serta gula secukup rasa.
Setelah kacang panjang layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.