Anak-anakku

Loading...

Friday, May 27, 2016

Pizza

 BAHAN-BAHAN DOH :
3 ke 3 1/4c tepung gandum
1 paket yis mauripan 
1/2 c air suam2 kuku
3/4 c susu segar suam
2 tbsp minyak zaitun
1 1/2 tsp garam
1 tsp gula

CARA-CARA :
Campurkan gula dan ragi ke dalam bekas berisi air suam.
Ketepikan dan biar berbuih.
Sementara itu, campurkan semua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan bancuhan ragi dan adun.
Jika kurang air, boleh ditambah sedikit air. 
Begitu juga jika kurang tepung boleh ditambah sedikit tepung.
Setelah adunan kenyal dan licin, masukkan ke dalam mangkuk yang telah di sapu minyak.
Tutup dengan cling wrap.
Biarkan sehingga doh naik selama sejam.
Tumbuk2 doh untuk mengeluarkan gas.
Bentukkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak.
Sapukan sos spaghetti dan hiaskan dengan hiasan topping dan keju mengikut citarasa sendiri.
Biarkan naik sekali lagi dan sedia dibakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment